Jumaat, 20 Januari 2012

3# Hanya Kerana Kau

Ali, sorrylah. Mama tak kasi pergi".


Begitulah kiriman SMS yang diterima dari Ina.


Ali terduduk. RM68? Burn sebegitu sahaja. Semudah itu pesanan ringkas yang diterima tapi tak semudah itu yang dihadapinya. Kemeja kotak - kotak yang baru sahaja disarungkan pada tubuhnya ditanggalkan.


Ali baring. Otaknya ligat memikirkan RM68. Bukan jumlah yang sedikit bagi golongan seperti dia. Ali hanya memerhatikan siling dan kipas yang ligat berputar. Cuba melelapkan mata supaya apabila dia bangun sahaja dari tidur, dia boleh lupakan semuanya.


                                                              XXXXXXXXXXXXXXXXXXXX


Jam 0830 malam. 
Teater bermula. RM68 sedang dibakar. Ali masih berbaring, matanya hanya memandang siling.


Jam 0900 malam.
Sudah suku RM68 terbakar. Ali pandang siling. Tanpa membuang waktu, Ali bingkas bangun, mengambil RM20 yang ditinggalkan abangnya. Dia pantas menyarungkan kemeja itu semula.
Ali bergerak sepantas yang dia mampu. Seorang diri.
Dia cuba untuk menjadi positive. Mana tau Ina nak surprisekan dia. 


Sampai sahaja, tiada kelibat Ina di situ. Positive thinkingnya gagal. 
Ali menuju ke tong sampah berhampiran, membuang dua tiket yang berharga RM68.
Dia berlalu pergi.


                                                              XXXXXXXXXXXXXXXXXXXX


Keesokkan malamnya, Ali dan kawan - kawannya lepak di sebuah restoran nasi kandar. Bermacam - macam yang diborakkan. Terlintas di fikirannya untuk ceritakan apa yang terjadi semalam.


                                                              XXXXXXXXXXXXXXXXXXXX


"Asal kau tak sound dia Ali. Kalau aku...." kata Amin sambil menunjukkan buku limanya.


Entah kau ni Ali, kalau aku dah bengang woi" sampuk pula si Afiq.


"Korang jangan salahkan dia. Mungkin juga salah aku, tak tanya betul - betul, tak confirm betul - betul. Aku yang silap lah." luah Ali. Jelas kelihatan keikhlasan dari raut wajahnya yang tenang.


p/s : Ali. Kau terlalu baik untuknya.



Gambar : Amira Sharuddin, terima kasih

3 ulasan:

Hakimy Zamri berkata...

WEH ! best citer hang ni...hang buat cerpen ek ?hehe ^_^

mnyanyi leh..berlakon boleh skit2 jaa..aku tak brapa TEROR berlakon laa..HUHU..tulis blog gempak ? yang tu aku tak pasti 100% . hehe..satu lagi hang lupa, melukis..main piano..HEHE )^_^)v peace !

btw, thanks fatin latiff. err..hang bukan adik-beradik Najwa Latiff kan ? muehehehe :3

Fatin Latiff berkata...

Haha ini cerita pendek. Ohh main piano? Selalu lelaki main piano ni, romantik woi. Haha najwa latiff? Semestinya bukan -.-

Hakimy Zamri berkata...

romantik ? haha..taktau taktau ==' Yup najwa latif ? bukan ek ? HAHAHA silap rumah..sori =='