Isnin, 9 Januari 2012

Jangan menyesal (!)

REVIEW AFTER THE BANQUET


Sebuah filem korea 2009.

Aku cerita sikit je lah eh.
Nak tau lebih detail, silakan meng-google.

Cerita ini ada point dia.
Sebuah cerita tentang cinta kot.
Tapi yang bestnya di sampaikan oleh anak perempuan nya sendiri.

Cerita ini berkisar tentang tujuh sekawan yang berkumpul semula untuk menghadiri perkahwinan salah seorang kawan mereka tu kan.
Kinda gathering lah selepas hampir beberapa tahun tak berjumpa.
Mereka semua ni adalah ahli kelab muzik.

Dorang pulak ada band sendiri.
Memang gempak jugak lah kan, from what I've seen.
Dalam group dorang ni ada tiga perempuan and empat lelaki.

Pada hari perkahwinan tu, sorang kawan dorang tak datang pun.
Dorang still teruskan jugak majlis tu.
Semua mereka dah berpunya, ada yang dah ada boyfriend dan ada yang dah berkahwin.
Cuma seorang je belum berkahwin, bila tanya je dia hanya jawab dia lagi seronok hidup seorang diri.

Tunggu punya tunggu, majlis perkahwinan tu pun selesai tanpa kehadiran kawan dorang tu.
Dorang ada plan nak buat gathering right after habis nya wedding tu kan.
So malam tu, waktu dinner, tiba - tiba je ada seorang budak perempuan datang.
Budak perempuan tu datang mewakili ibunya, kawan dorang yang tak datang tu.
Rupa - rupanya kawan dorang tu dah meninggal dalam sebuah accident.
Budak tu datang untuk cari ayahnya.
Sebabnya dia ada terjumpa sepucuk surat untuk ayahnya yang di tulis oleh emaknya.

Semuanya menuduh seorang lelaki ni, salah seorang dari dorang jugak. 
Dia pernah couple dengan kawan dorang yang tak datang tu masa waktu belajar dulu.
Lelaki ini memang terkejut lah, dia tak dapat terima, dia tak mengaku budak perempuan tu anaknya.
Dia dah lah dah berkahwin kan, mau perang dingin dengan wifenya pulak kan.

So, dorang ambik keputusan nak tengok surat tu, but budak tu cakap dia hanya bagi ayahnya sahaja untuk baca surat tu.
Bermulanya penyisatan budak ni untuk cari siapa ayahnya antara tiga lelaki itu.

Lelaki pertama, iaitu lelaki yang pernah couple dengan maknya.
Lelaki ni cakap mak dia ada satu nama gelaran, Si Tetua.
I dont know what the hell is it.
Terus budak ni teringat yang mak dia pernah cakap ayah kandungnya ni panggil dia dengan nama Si Tetua.
Budak tu terus claim yang itu lah bapaknya.
Lelaki ni tak mengaku jugak.
Dia cakap ada je lelaki lain yang tidur dengan maknya.
So tak boleh cakap yang dia anaknya.
Haha bukan nak cakap, bagi aku antara bertiga, dia ni paling handsome, and dia ni play untuk drummer dalam band.

Lelaki kedua yang pernah tidur dengan maknya.
Lelaki ni hanya cakap, dia selalu sembang dengan mak budak ni.
Budak ni tanya lah dorang jumpa kat mana?
Lelaki ni cakap dekat London, waktu tu mak dia datang and dorang minum yg mana menyebabkan dia mabuk dan ehem ehem. Faham kan?
Lelaki ni cakap time tu dorang hanya cakap pasal wain je.

Lelaki yang ketiga.
For me dia ni suka main - main.
Dia marah budak ni, kenapa nak kecoh - kecoh sgt, pergi ah buat DNA test.
Budak ni terus nangis.
That guy rasa bersalah sebab macam berkeras dengan budak ni so dia hulurkan coklat.
Budak perempuan ni terkejut.
Sebab dia cakap mak dia pun akan buat benda yang sama kalau dia menangis.
Hulurkan coklat.

So, selepas beberapa lama stay situ, dia still tak tahu which one her dad.
But dia just rasa yang bapaknya, lelaki yang pernah couple dengan mak dia.

Satu hari, dorang macam ada practise lah kan.
Then lelaki kedua tu main lead guitar and jari dia luka.
So budak perempuan ni datang hulurkan plaster.
Dia siap balutkan lagi luka tu.

Lelaki ni blah and masa dia nak pergi lelaki ni ada humming satu lagu.
Budak ni terkejut. Dia suruh lelaki ni nyanyi semula.
Dia cakap maknya selalu menyanyi lagu ni di rumah.
They played the piano.
Budak tu cakap, maknya pernah cakap dia dan ayah dia yang gubah lagu ni.
Anyway, lagu tu best !

So, finally dorang tau which one is her dad.
Lelaki tu tak dapat terima.
Budak tu cakap dia taknak apa - apa, dia cuma nak tau siapa ayah dia saja.
Dia datang bukan dengan sebarang harapan.
Dia cuma nak tengok lelaki yang mak dia cintai.

So, one day after, dalam kereta.
Lelaki ni cerita dekat budak tu.
Dia memang cintakan mak budak ni sangat.
Dia menyesal sebab tak dapat luahkan perasaan dia.
Untill now, he's still deeply in love with that perempuan.

So point dia sekarang, kalau kau sukakan seseorang, go ahead tell him / her.
Walau betapa pedih dan perit pun jawapan yang kau bakal terima, kau lalui je.
Lagi perit bila kau tak bagitau dia, and then actually dia pun suka dengan kau.
Macam cerita ni lah.
Last - last baru I got it.
Lelaki ni tak kahwin sebab tunggu perempuan tu.
Oh my, sedih.


p/s : Go, tell them before you realised its too late.

Tiada ulasan: