"Ali, ni RM20 untuk kau sebab tolong cuci kereta tempoh hari, aku ni bukan kaya sangat nak bagi lebih - lebih kan."
Pada mulanya yang terlintas hanyalah, nak tolak duit pemberian abang sebabnya dia tolong ikhlas, bukan harapkan balasan.
Tapi entah kenapa, tiba - tiba teringat dia pada Ina, pada janjinya untuk pergi menonton teater bersama.
"Ehh abang ni. Ali tolong ikhlas. Tapi takpelah, terima kasih jugak duit ni. Ali pun tengah kering ni. Biasalah tengah bulan kan"
"Haha ada - ada je kau ni"
XXXXXXXXXXXXXXXXXXXX
Keesokkannya, selepas Subuh, Ali tidak meneruskan niat untuk tidur semula. Entah lah, selalunya tabiat tidur selepas Subuh ni macam susah nak dibuang, tiba - tiba pagi ini boleh pulak tak tidur. Ali mengomel dalam hati.
"Mungkin sebab malam ni kan ? Nak tidur pun tak lena."
"Ish tak ada lah. Gila aku tak suka Ina pun."
"Kau suka Ina lah kan, menipu."
"Manada, aku suka kawan dengan dia je."
Berperang hatinya sesama sendiri.
Entah. Ali takut dengan perasaannya.
Itu yang pasti.
XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX
Itu yang pasti.
XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX
Malam teater itu.
Sejam sebelum bermulanya pementasan tersebut bermula.
Tiba - tiba, telefon Ali berbunyi.
Satu pesanan ringkas diterima.
Ali menekan papan kekunci telefonnya itu.
Pesanan ringkas dari Ina.
Entri seterusnya :
Ali menekan papan kekunci telefonnya itu.
Pesanan ringkas dari Ina.
Entri seterusnya :
Gambar : Farzana Latiff, terima kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan