Khamis, 19 Januari 2012

1# Hanya Kerana Kau

Kelihatan seorang lelaki berlari - lari dalam hujan. Hujan yang tidak henti - henti sejak pagi tadi masih belum menunjukkan tanda - tanda ingin berhenti. Lelaki itu terusan berlari ke arah sebuah kedai nasi kandar untuk berteduh. Alang - alang dapat makan roti canai dan minum teh tarik waktu sejuk - sejuk sebegini. Itu yang terlintas dalam hatinya.


Sampai sahaja, dia terdengar.


"Ali !"


Lelaki ini toleh ke arah suara itu.


"Eh kau Abu, apa kau buat dekat sini?"


"Aku tengah tunggu kawan aku datang ambil lah Ali"


Mereka duduk semeja, sambil bersembang - sembang, sambil mencicah roti canai dengan kuah kari. Sesekali kelihatan Ali menjilat - jilat jarinya dek kerana kuah kari yang terkena pada jarinya. Bukan apa, sunnah Nabi katanya.


Tiba - tiba,


"Ali kau sukakan Ina lagi ke?"


"Err apahal kau ni tanya soalan sedap sikit takde ke?"


"Alaa kau ni. Kau suka kan kan?"


"Sikitlah"


"Aku bukan baru kenal kau harini Ali, sikit kau tu bukan besar tahi hidung"


"Suka hati kau lah nak cakap apa, ehh air dengan roti canai ni, kau bayarkan eh. Terima kasih."


"Yelaa, hmm kau ni bab tukar topik nombor satu kan"


Ali hanya mampu sengih je.
Sesudah berhentinya hujan, mereka berdua pun bersurai.


                                                              XXXXXXXXXXXXXXXXXXXX


Ali ke kelas seperti biasa. Dia terserempak dengan Ina di depan dewan kuliah.


"Eh Ali, nanti ada cerita baru?"


"Dekat mana?"


"Macam biasa lah, Istana Budaya. Kali ni budak ASWARA perform."


"Okay kalau ASWARA mana boleh tak pergi. Jom pergi ?"


"Jom lah, dah lama aku tak tengok pentas teater ni"


"Mak ayah kau kasi tak?"


"Jangan risau, mak ayah aku mesti lepas lah"


Ali tersenyum. Gembira dia mendengarnya.


                                                             XXXXXXXXXXXXXXXXXXXX


Ali segera mendapatkan dua tiket untuk dia dan Ina. Pergi je ke kaunter, tertera satu tiket berharga RM34.
Ali bukak wallet. Ada RM68 termasuk duit syiling. Muat - muat dengan harga untuk dua tiket. Jika difikrkan semula dia tak akan mungkin ada duit untuk pengakutan balik ke rumah. Ahh dia kisah apa, dia sudah berjanji. Mesti ditunaikan.


Dia pulang berjalan kaki. Tersenyum walaupun penat dan lenguh. Tersenyum kerana berjaya dapatkan dua tiket.


Sampai rumah, bukak kasut.
Ouchh kaki Ali melecet.
Semuanya kerana tiket teater.


Entri seterusnya :




Gambar : Amira Sharuddin, terima kasih

Tiada ulasan: