Selasa, 10 Januari 2012

Hilangnya sebutir permata

Bismillah


Beliau hadir dalam hidup aku sewaktu aku baru kenal sekolah ini.
Beliau hadir dengan mendukung satu harapan,
Beliau nak tengok anak - anak bangsa beliau berjaya.
Beliau datang nak martabatkan bahasa bangsa kita, Bahasa Melayu.


Senyuman beliau.
Ketawa beliau.
Suara beliau.
Tengkingan beliau.
Aku masih ingat.
Ya sampai ke hari ini masih segar.


Masuk kelas, mesti bingit kan kelas dengan suara kitorang ?
Paling best bila beliau cakap,
" Harini saya nak buat oral"


Kitorang mesti seronok.
Sebab kelas kitorang memang suka buat oral untuk kelas beliau.
Selalunya buat forum.
Lepas tu merepek kan ?
Tambah - tambah sekali Lil dengan Ganu.


Haritu.
Aku ada pergi rumah beliau.
Ohmaigadd comel gila anak beliau.
Aku masih ingat nama anak beliau.


Seorang bayi lelaki.
Namanya Uwais.
Kitorang cakap nama anak beliau macam matsalleh 'Wise'
yang membawa maksud bijak tak salah aku lah.
Beliau senyum je.


Seronok kelas dia.
Tak tipu.
Selama aku kenal beliau.
Aku tak pernah rasa nak gossip belakang pasal beliau.
Sebab dia yang terbaik aku ada.


Tapi itu semua dulu.
Buat pelajar 403 / 503 korang mesti rasa macam aku rasa kan ?


Aku terkilan.
Aku tak sempat nak sama - sama dengan beliau masa beliau masih hidup.
Sebab sibuk dengan SPM.


Aku menyesal bila ada kawan aku ajak pergi rumah beliau.
Aku mengelat.
Menyesal sangat.


Lepas beberapa bulan beliau ajar kelas aku,
beliau hilang.
Aku cuma dengar dari orang.
Beliau sakit.


Kemudian beliau kembali, tapi beliau dah macam orang lain.
Beliau makin kurus.
Tapi beliau masih ingat aku.


Kali terakhir, aku lihat beliau.
Aku betul- betul sedih.
Waktu sambutan Hari Guru.


Beliau datang.
Tapi aku ?
Cuma lihat dan senyum pada beliau ?
Berbaloi ke ?


Aku tak sempat pun nak cakap terima kasih pada beliau.
Aku tak sempat pun nak luahkan betapa aku sayangnya pada beliau.
Aku tak sempat pun nak tunjukkan yang aku betul hargai beliau.
Aku tak sempat pun nak bagitau aku rindu beliau.
Aku tak sempat pun nak bagitau aku sayang beliau.


Yang aku tau,
aku dah tak sempat nak buat macam - macam untuk beliau.
Dah terlambat.


Alhamdulillah, beliau tinggalkan harta yang tak ternilai untuk isterinya iaitu anak.
Aku berdoa semoga isteri beliau tabah dalam menghadapi dugaan yang mendatang.


Buat Cikgu Taufik,
Ini khas buat cikgu.


"Saya tau saya dah terlewat untuk semua ni. Saya minta maaf sebab tak dapat ada dengan cikgu untuk waktu - waktu terakhir cikgu. Saya minta maaf jika selama cikgu masih bernafas, saya ada mengguris perasaan cikgu, saya terkurang ajar dengan cikgu, saya terkasar bahasa dengan cikgu. Saya juga minta maaf sebab saya tak dapat ziarah kubur cikgu. Dalam hidup saya, cikgu adalah guru paling hebat pernah saya jumpa. Guru Bahasa paling cool saya jumpa. Saya doakan kebahagiaan cikgu di sana. Semoga cikgu ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Saya akan rindu cikgu. Cikgu Taufik, saya sayang cikgu."


Dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali. 
Pada 10 Januari 2012, seorang guru Bahasa Melayu yang saya amat sanjungi, Cikgu Taufik telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada jam 0548. 
Sama - sama kita sedekahkan ayat suci Al - Fatihah dan hati Al - Quran iaitu surah Yassin.
Innalilah.


p/s : Aku redha dengan pemergian cikgu. Aku doakan isteri beliau juga redha dengan pemergian cikgu dan dapat survive dalam kehidupan ini. Ini satu ujian berat buat isteri beliau. 




Love you till the end sir, Al-Fatihah

Tiada ulasan: