Ahad, 29 Januari 2012

Hi perokok

Assalamualaikum dan hi kepada semua perokok - perokok tegar sama ada yang masih ada mahupun tiada.


Okay beberapa hari lepas, aku sedang duduk sambil minum kopi dan teh bersama seorang teman yang baru aku kenal. 
Dia ni jenis selamba dan takut akan lensa.
Bukan takut, tapi dia tak gemar bergambar.
Dia lebih teruja menjadi photographer daripada memberi pose yang comel comel.


Begini.
Dia ni pelik.
I dont know how to explain how so weird this girl.
But sure dia paling pelik.


Mesti kau pelik kan apa kaitan pelik dan perokok ?


Okay macam ni.
Sedang kitorang sibuk menabur fitnah *eh takde gurau lah
Dia cakap dia nak ke toilet.
So aku duduk je tunggu dia.
Berak aku rasa sebab muka dia ketat je haha.


Selepas 10min, dia datang dengan muka sengih - sengih.
Bahagia dapat membuang kot haha.
Dia duduk dan hadap aku.


Tiba - tiba,
Mak aih
Kuat gila bau..
Bukan bau dot dot.
Tapi bau rokok !


Baru aku tau dia ni perokok.
Dia cakap dia segan nak smoke dekat public nanti orang cakap apa.


Dia cakap orang sekarang dengan orang dulu - dulu lain.
Orang dulu - dulu mana kisah sangat perempuan merokok.
Sekarang ?
Kalau merokok mesti kena label perempuan jalang lah, sundal lah. 
Dah macam cop dekat dahi pulak semua tu.
Jadi, dia kalau nak merokok, dia akan lepak lama - lama dalam toilet.


Salah ke perempuan merokok ?
Memang kalau merokok je, perempuan dah tak ada nilai kesopanan ke ?
Entah, aku bukan perokok.
Tanya perokok - perokok lah.
Mereka lebih mengetahui.


p/s : Jangan merokok lah senang, lagipun membazir je.


Ieka, you know what ? I miss you :/

Khamis, 26 Januari 2012

Vlogger I've been talking about

Assalamualaikum.

Hari yang hebat.
Terima kasih.


Hi vlogger.

Matluthfi.
Anwar Hadi.
Maria Elena.
Which one yang korang pilih ?

I choose Matluthfi.
I know, dia sepet, keding, tak tough and bla bla bla.
But entah lah sebab memek muka bangang dia tu kot.
Kalau nak compare between him and Anwar Hadi kan, Anwar Hadi got the looks more.

Maria Elena.
She's so cool with her shawl, tutorial about everything.
And the best is before this dia tak pakai tudung.
And guess what, last year on 2nd of Ramadhan she started to wear hijab.
Alhamdulilah.
I hope I could be like her.
Doakan saya.

Back to Matluthfi, the selenger-est.

So, malam tadi kitorang bukak youtube.
Matluthfi90's channel.
And all the videos freaking awesome.
I think he's a true Malaysian and orang utara yang hebat!
Okay aku pun orang utara jugak. 
Hehe.

One of vid yang buat my mom bergenang air mata.
I saw it, but I keep it to myself.
For mother's day.
Kalau aku seorang ibu pun, aku rasa aku akan menangis.
You guys should watch it.
Im serious.
Start pasal dia teringin nak makan cekodok air tangan mak dia.
Orang study abroad kan, yeah of course teringin nak makan masakkan ibu.

Matluthfi is a really great guy.
I mean everyone's lelaki idaman.
I watched all the videos made by him.
Memang kelakar, but end of the video, we got something.
Ada mesej yang dia sampaikan.
So aku rasa kalau sesiapa yang nak tengok video dia on youtube, but then buffering kan and then korang kept waiting untuk dia loading *ini to those yg pakai broadband, I know its lame using broadband. Aku pakai broaband. So ?
I think its not a big deal lah since after tu korang akan rasa happy berkali ganda after tengok his videos.

So just go to youtube.com and search for Matluthfi90.

I bet you will laugh your ass off.

Okay, one more thing.
Matluthfi takkan bergambar berdua je dengan perempuan.
So cool kan ?

p/s : Tak payah jealous.

Here is my Matluthfi. Opps I mean Matluthfi.


Gambar : Google, terima kasih

Rabu, 25 Januari 2012

Kerana mulut badan binasa

Kalau kau bercakap, guna bahasa yang cantik.
Aku pun hormat kau.
Orang lain pun hormat kau.
Betul kan ?

Kau guna ayat,
"woi babi"
"woi anak haram"
"woi slut"
"fuck off"
"shit"
dan lain - lain lagi.
Kau rasa kau cukup hebat ?
Cukup hebat bila dapat lontarkan perkataan - perkataan macam tu ?

"Ish orang tengah marah, standardlah keluar macam - macam, time tu dah hilang warasnya"

Okay lah, kau tengah marah. So kau boleh keluar je apa perkataan yang kau nak?
Sekarang kau fikir, orang sekeliling kau je.
Perasaan dorang cemana ?

"Eleh dulu kau pun sama jugak. Ayat manjang babi je dekat mulut".

Okay itu dulu.

Aku minta maaf sangat. 
Perkataan - perkataan yang tak sepatutnya keluar dari mulut aku.
Aku tau aku tak patut cakap.
Tambah - tambah lagi aku perempuan kan ?

Paling aku rasa bersalah, bila maktab jadi ulul albab.
Dan aku sesuka hati buat ayat 'ulul albab*'
Okay aku mintak maaf sangat.
Aku siap post dalam blog lagi kan.
Ish teruk perangai.
Beri tepukan.


Bukan aku cakap aku ni baik, cuma aku rasa manusia kadang - kadang perlukan perubahan dalam hidupnya kan ?
Begitu juga aku.
Apa kata kita berubah ?
Tahun baru 2012. Lakukan satu perubahan.
Aku suka.
Semua suka.

p/s : Terutama pada kaum Hawa sekalian. Perempuan akan nampak cantik dengan bahasa yang dia gunakan. 


Terima kasih Ieka Zuber

Sabtu, 21 Januari 2012

Jangan percayakan GPS

Ya.
Jangan percayakan GPS.
Sebab apa?
Sebab aku sudah terkena.
Tertipu dengan Cik GPS.
Aku tau suara dia seksi dan menggoda.
Sampaikan aku pun boleh tertipu.
Kuajo.

Apa yang buat kau bengang sangat dengan Cik GPS ni ?

Okay begini.

Bersempena dengan Tahun Baru Cina kan, sekolah - sekolah, pejabat - pejabat, dan semua lah di umumkan cuti persekolahan.
Jadi, kitorang yang muka memang Melayu, mata memang tak sepet, kulit memang tak gebu pun join lah sekaki sama - sama cuti sakan !
Kitorang pergi ke Pulau Pinang.

Dari jauh, highway memang sesak dan padat.
Kitorang redah jugak, fikir alaaa kejap je ni kan, tak lama pun.

Namun semuanya hanya lah angan - angan belaka.
Sebab kitorang stuck hampir dua jam.

Jadi sama - sama fikir alternatif lain.
Mama cakap, ikut je jalan lama, GPS kan ada.

Ayah pun masuk Lembah Beringin.
Kitorang memang ikut semata - mata arahan dari cik GPS ni.

Akhirnya..
Apa yang kitorang jumpa JALAN MATI.

Masa nak patah balik ke jalan asal kan, banyak gila kereta ikut jalan sunyi yang kitorang ambik tu.
Bukan dua atau tiga kereta, tapi berbelas -  belas aku rasa.
Driver masing - masing pegang phone.
Nampak sangat tengah kena kelentong dengan cik GPS.

Akhirnya perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 4 - 5 jam , menjadi 8 jam.
Jam 0200 pagi tepat baru selamat sampai.

Apa - apa pun, Alhamdulillah selamat sampai.

p/s : Btw ada cerita sedih, dahi aku berdarah. Air mata dah bergenang tahan sakit, tapi taknak nangis depan orang. Malu.


See, I merajuk dengan cik GPS ? Dia bukan nak pujuk pun
Okay fine budak - budak

Jumaat, 20 Januari 2012

3# Hanya Kerana Kau

Ali, sorrylah. Mama tak kasi pergi".


Begitulah kiriman SMS yang diterima dari Ina.


Ali terduduk. RM68? Burn sebegitu sahaja. Semudah itu pesanan ringkas yang diterima tapi tak semudah itu yang dihadapinya. Kemeja kotak - kotak yang baru sahaja disarungkan pada tubuhnya ditanggalkan.


Ali baring. Otaknya ligat memikirkan RM68. Bukan jumlah yang sedikit bagi golongan seperti dia. Ali hanya memerhatikan siling dan kipas yang ligat berputar. Cuba melelapkan mata supaya apabila dia bangun sahaja dari tidur, dia boleh lupakan semuanya.


                                                              XXXXXXXXXXXXXXXXXXXX


Jam 0830 malam. 
Teater bermula. RM68 sedang dibakar. Ali masih berbaring, matanya hanya memandang siling.


Jam 0900 malam.
Sudah suku RM68 terbakar. Ali pandang siling. Tanpa membuang waktu, Ali bingkas bangun, mengambil RM20 yang ditinggalkan abangnya. Dia pantas menyarungkan kemeja itu semula.
Ali bergerak sepantas yang dia mampu. Seorang diri.
Dia cuba untuk menjadi positive. Mana tau Ina nak surprisekan dia. 


Sampai sahaja, tiada kelibat Ina di situ. Positive thinkingnya gagal. 
Ali menuju ke tong sampah berhampiran, membuang dua tiket yang berharga RM68.
Dia berlalu pergi.


                                                              XXXXXXXXXXXXXXXXXXXX


Keesokkan malamnya, Ali dan kawan - kawannya lepak di sebuah restoran nasi kandar. Bermacam - macam yang diborakkan. Terlintas di fikirannya untuk ceritakan apa yang terjadi semalam.


                                                              XXXXXXXXXXXXXXXXXXXX


"Asal kau tak sound dia Ali. Kalau aku...." kata Amin sambil menunjukkan buku limanya.


Entah kau ni Ali, kalau aku dah bengang woi" sampuk pula si Afiq.


"Korang jangan salahkan dia. Mungkin juga salah aku, tak tanya betul - betul, tak confirm betul - betul. Aku yang silap lah." luah Ali. Jelas kelihatan keikhlasan dari raut wajahnya yang tenang.


p/s : Ali. Kau terlalu baik untuknya.



Gambar : Amira Sharuddin, terima kasih

Khamis, 19 Januari 2012

2# Hanya Kerana Kau

Ali segera mandi dan bersolat. Usai solat, dia segera menghidupkan komputer yang sudah berabad umurnya itu. Sekadar menyelesaikan assignment yang tertunggak. Kelihatan abang sulungnya masuk ke bilik.

"Ali, ni RM20 untuk kau sebab tolong cuci kereta tempoh hari, aku ni bukan kaya sangat nak bagi lebih - lebih kan."

Pada mulanya yang terlintas hanyalah, nak tolak duit pemberian abang sebabnya dia tolong ikhlas, bukan harapkan balasan.
Tapi entah kenapa, tiba - tiba teringat dia pada Ina, pada janjinya untuk pergi menonton teater bersama.

"Ehh abang ni. Ali tolong ikhlas. Tapi takpelah, terima kasih jugak duit ni. Ali pun tengah kering ni. Biasalah tengah bulan kan"

"Haha ada - ada je kau ni"

                                                              XXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

Keesokkannya, selepas Subuh, Ali tidak meneruskan niat untuk tidur semula. Entah lah, selalunya tabiat tidur selepas Subuh ni macam susah nak dibuang, tiba - tiba pagi ini boleh pulak tak tidur. Ali mengomel dalam hati.

"Mungkin sebab malam ni kan ? Nak tidur pun tak lena."

"Ish tak ada lah. Gila aku tak suka Ina pun."

"Kau suka Ina lah kan, menipu."

"Manada, aku suka kawan dengan dia je."

Berperang hatinya sesama sendiri.
Entah. Ali takut dengan perasaannya.
Itu yang pasti.


                                                  XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

Malam teater itu.
Sejam sebelum bermulanya pementasan tersebut bermula.
Tiba - tiba, telefon Ali berbunyi.
Satu pesanan ringkas diterima.


Ali menekan papan kekunci telefonnya itu.
Pesanan ringkas dari Ina.


Entri seterusnya : 

Gambar : Farzana Latiff, terima kasih.

1# Hanya Kerana Kau

Kelihatan seorang lelaki berlari - lari dalam hujan. Hujan yang tidak henti - henti sejak pagi tadi masih belum menunjukkan tanda - tanda ingin berhenti. Lelaki itu terusan berlari ke arah sebuah kedai nasi kandar untuk berteduh. Alang - alang dapat makan roti canai dan minum teh tarik waktu sejuk - sejuk sebegini. Itu yang terlintas dalam hatinya.


Sampai sahaja, dia terdengar.


"Ali !"


Lelaki ini toleh ke arah suara itu.


"Eh kau Abu, apa kau buat dekat sini?"


"Aku tengah tunggu kawan aku datang ambil lah Ali"


Mereka duduk semeja, sambil bersembang - sembang, sambil mencicah roti canai dengan kuah kari. Sesekali kelihatan Ali menjilat - jilat jarinya dek kerana kuah kari yang terkena pada jarinya. Bukan apa, sunnah Nabi katanya.


Tiba - tiba,


"Ali kau sukakan Ina lagi ke?"


"Err apahal kau ni tanya soalan sedap sikit takde ke?"


"Alaa kau ni. Kau suka kan kan?"


"Sikitlah"


"Aku bukan baru kenal kau harini Ali, sikit kau tu bukan besar tahi hidung"


"Suka hati kau lah nak cakap apa, ehh air dengan roti canai ni, kau bayarkan eh. Terima kasih."


"Yelaa, hmm kau ni bab tukar topik nombor satu kan"


Ali hanya mampu sengih je.
Sesudah berhentinya hujan, mereka berdua pun bersurai.


                                                              XXXXXXXXXXXXXXXXXXXX


Ali ke kelas seperti biasa. Dia terserempak dengan Ina di depan dewan kuliah.


"Eh Ali, nanti ada cerita baru?"


"Dekat mana?"


"Macam biasa lah, Istana Budaya. Kali ni budak ASWARA perform."


"Okay kalau ASWARA mana boleh tak pergi. Jom pergi ?"


"Jom lah, dah lama aku tak tengok pentas teater ni"


"Mak ayah kau kasi tak?"


"Jangan risau, mak ayah aku mesti lepas lah"


Ali tersenyum. Gembira dia mendengarnya.


                                                             XXXXXXXXXXXXXXXXXXXX


Ali segera mendapatkan dua tiket untuk dia dan Ina. Pergi je ke kaunter, tertera satu tiket berharga RM34.
Ali bukak wallet. Ada RM68 termasuk duit syiling. Muat - muat dengan harga untuk dua tiket. Jika difikrkan semula dia tak akan mungkin ada duit untuk pengakutan balik ke rumah. Ahh dia kisah apa, dia sudah berjanji. Mesti ditunaikan.


Dia pulang berjalan kaki. Tersenyum walaupun penat dan lenguh. Tersenyum kerana berjaya dapatkan dua tiket.


Sampai rumah, bukak kasut.
Ouchh kaki Ali melecet.
Semuanya kerana tiket teater.


Entri seterusnya :




Gambar : Amira Sharuddin, terima kasih

Beranang itu apa ?

Aku bukan nak bajet duduk tengah bandar ke apa, sebab aku pun duduk hulu jugak kan.
Tapi sumpah, bila Ieka cakap dia dapat tawaran to join this college somewhere in Beranang kan, terus aku garu kepala.
Sebab aku tak tau pun Beranang tu apa ?
Sos spagetti Prego terbaru ke ?
Haha taklawak, tak payah gelak.


Okay back to Beranang kan.


This entry seriously I dedicate to my super duper cool girlfriend, Nurzulaikha Amalin Binti Zuber.


Last night I was on the phone with her, then :


Fatin : Ieka how's college ?
Ieka : Cool, eh lawat lah aku
Fatin : Gila kau nak suruh aku pegi cemana, Beranang pun aku tak tau dekat mana.
Ieka : Kau naik je KTM pergi Kajang.
Fatin : Aku tanya latep dulu.
Ieka : Okay


I did something to her.
And sebagai untuk tebus kesalahan me towards her kan.
I decide to visit her.
And yeah I got other friends too yang further study sana.
So alang - alang meyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan.
Boleh lah berjumpa dengan yang lain sekaki.


This is for Ieka, I hope you read this :
Im sorry for canceling our date this Sunday.
Cant make it :/
Bukan saja - saja
I have my own reason.
Thats why, I took out this decision.
Im going to your place.


Alone ?
Yeah alone.
Im going to survive there.
Alone and alone.
What I know is..


Im independent.
Yeahh.


So lets go to Kolej Professional Mara Beranang.


p/s : I hate my hair dalam this photo, and my smile too, I look akward, but its okay, Ieka same, gorgeous seperti biasa.


Okay thats my Ieka

Gambar : Puteri Zarith Sofea, terima kasih

Rabu, 18 Januari 2012

Best kan..

Best kan ?
Apa yang best ?


Best kalau perempuan cantik senyum.
Betul.
Sebab nampak lagi cantik.


Okay.
Bila jiran buat kerek.
Aku pun rasa jelek.
Ayat apa ni ? Haha


Aku macam terkilan lah dengan sorang jiran aku ni.
Family dorang kaya lah, rumah siap renovate lagi.
Memang cantik.
Ayah dia ada superbike yg aku pun teringin nak naik jugak.
Ada dua rumah.
Satu area Puncak Alam kot, entah lah Im not sure.
Ada restaurant sendiri.
Everything they want, they got it.


Part sedihnya bila dorang adik - beradik sombong.
Nak kata tak cantik, cantik sangat dah.
Badan pun dah rupa supermodel.


Haritu perempuan ni lalu.
Sebelah je.
Aku pandang dan senyum.
Pffft sombongnya..
Pandang pun tidak.


So time tu aku just bagi conclusion yang perempuan ni datang bulan kot.
Or gaduh dengan boypren kot, ataupun kena bebel dengan mak kot kan.


Situasi kedua pun sama.
Dia lepak luar rumah.
Duduk atas superbike bapak dia.
Dengan berbaju kurung sekolah.
Aku nak buang sampah.
Nampak dia.
Dalam hati kan,


"Ish nak senyum ke tak eh? Senyum je lah. Haa tanya lah sekali sekolah macam mana kan. Haha sapa suruh pakai baju kurung sekolah"


Aku pandang dia dan senyum.
Dia pandang aku.
Lepastu dia buat derk.
Buat bodoh.
Buat bangang.


Yang aku pulak, macam kerang busuk sengih.


Entahlah.
Kau tau tak, kalau kau senyum aku yakin kau mesti lagi cantik.


Kita hidup berjiran, dalam satu komuniti, wajarlah kita saling kenal kan.
Aku taknak lah orang cakap, orang yang duduk bandar semua tak ada lansung semangat kejiranan ni.
Aku nak juga berbaik dengan jiran sebelah kiri rumah.
Sebelah kanan rumah.
Depan rumah.
Belakang rumah.


Aku bukan apa.
Aku terkilan dengan sikap dorang.
Aku bukan mintak apa, aku mintak senyum je.
Bukan kena bayar, kena topup ke, kena reload ke, apa ke.
Tak ada.
Sesen pun tak keluar.
Tak kacau pun akaun bank kau yang ada berbillion tu.


Kau tau tak, 
Kau dah cantik.
Tinggi pulak.
Tinggi dari aku.
Kan best kalau kau senyum ?
Aku suka.
Orang lain pun suka.


p/s : Senyuman tu kan pemanis wajah.


Jangan takut untuk senyum, I aint bite 

Isnin, 16 Januari 2012

Al-Fatihah

Entah kenapa, sejak akhir - akhir ni banyak sangat berita kematian yang aku terima.


Tadi ayah call ajak keluar makan.
Ayah bawa kitorang pegi makan area Shah Alam, Restoran Nasi Kandar Syed.
Dia cakap dah lama tak pekena nasi kandar.
Aku ikut je.


Lepas makan semua.
Kitorang pun balik. 
Time nak park kereta, nampak lah ada ambulance.
Mama dah gopoh kecoh sebab dia tau ni mesti jiran kitorang punya lah.
Mama jumpa jiran - jiran.
Aku keluar terkedek - kedek bawak Detergent dengan pencuci pinggan yang ayah beli dari Giant.


Semua muka sedih je.
Aku berdiri sebelah mama.
Semua tak expect yang jiran aku tu akan sakit teruk sampai macam ni.


Tiba - tiba je dengar orang panggil.
Satu dialog pendek yang diungkapkan.
Pendek sangat.
Senafas je.


"Dia dah tak ada"


Innalilah.


Menangis.
Semuanya menangis.
Mungkin masa hidup, arwah banyak kebaikan yang dia buat.


Entah kenapa sayu je aku tengok.
Semua bergegas pergi rumah arwah.
Ada yang menangis, dan ada yang macam kelu je taktau nak cakap apa.
Macam aku, aku mampu lihat saje.


Aku tak pernah pun lihat dia, 
Aku tak pernah pun dengar suara dia.
Bayang pun aku tak pernah nampak.


Bukan sebab dia jarang keluar rumah.
Aku yang jarang keluar rumah.
Keluar hanya bila perlu.


Arwah menghidap diabetes dan darah tinggi.
Itu yang aku dengar.


Aku berdoa semoga arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman, Amin.
Setiap yang hidup pasti kembali pada-Nya.


p/s : Al-Fatihah

Jumaat, 13 Januari 2012

TGIF

Ya, hari ini hari Jumaat.
Menu hari ini sambal sotong dan ayam goreng kunyit,

Hari esok.
Hari Keluarga,pejabat ayah.
Mama cakap ikut lah, teman mama.
Jadi, aku ikut walaupun kurang rela.
Haa menu esok hari spagetti blognese.

p/s : Kau tau ? Dia perlukan kau lagi. So, go make her happier.


I miss EMC

Khamis, 12 Januari 2012

Life so not great

I need life. So damn bored my life lately. For real, I have no life. All friends away, Ieka went for college, Yasmin and Shown having great time at PLKN, and others in Penang, so far away from me ofcourse. And me, killing myself at home. And plus my Twitter got problem, cant log in, bla bla bla. Im feeling gay seriously. 

Thanks Hanan for inviting me to join you and your friends to Laundry eh? Not confirm yet. 

Anyway, today was such a busy day for me. I was like dying cleaning my house alone. And I did cook something for today. Hope they would enjoy it. Tomorrow's menu would be sambal petai? Im not so sure, depends on mood.

Then the other day, got Family's day in Kuang, Selangor. My mom asked me to join her. Hope I would enjoy it. 

And ya, most of my friends had go through their campus life. Me? Im not as genius as they are. Im completely a loser. My mom kept comparing me with someone great, Im so depressed. I want a life. Im not great in academics, always failed for a relationship, family broken, got so ugly face, etc.

I felt that. 
I hate this feeling.

Then, I realised.
My life is not that bad right?
So chill, and always have faith.
You have Him, everytime, everywhere.
He listen to you, to your heart.
InsyaAllah.

p/s : Life needs so much fun. Im going to Sentul tomorrow, pay a visit to my auntie.
  

Just smile, and life would smile as well

Rabu, 11 Januari 2012

Photoshoot

Here those pictures from the other day. The one I became make-up artist. Ek eleh 






































































p/s : Ieka, you're gorgeous. Drop dead gorgeous.