AYAM MASAK MERAH
Bahan - bahan
Ayam separuh ekor
1 bawang besar dipotong gelang
2 sudu sos tomato
Minyak masak
Garam dan gula secukup rasa
Serbuk kunyit
Bahan untuk dikisar
15-20 tangkai cili kering (kalau nak kurangkan pedas, buang biji cili)
2 inci halia
3 ulas bawang putih
1 bawang besar
2 batang serai
2-4 biji tomato
2. Panaskan minyak di dalam kuali.
4. Tunggu sehingga ia pecah minyak
5. Sementara itu goreng ayam separuh masak yang telah digaul dengan garam dan kunyit
6. Setelah pecah minyak, masukkan ayam yang telah digoreng bersama sos tomato, bawang
besar, garam dan gula.
7. Gaulkan kesemuanya.
8. Taburkan daun sup ke atasnya.
SUP CENDAWAN
Bahan - bahan
3 paket cendawan (dipotong kecil)
1 batang lobak merah (dipotong kecil)
5 ekor udang (buang kulit)
Daun sup
Daun bawang
Minyak masak
Garam dan gula secukup rasa
Bahan untuk dihiris
3 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
Cara membuat :
1. Basuh semua sayur dan toskan.
2. Panaskan minyak. Tumiskan bahan yang telah dihiris bersama udang sehingga wangi.
3. Masukkan air dan garam. Tunggu sehingga mendidih.
4. Masukkan cendawan dan lobak merah. Biarkan ia mendidih sekali lagi.
5. Tutup api, dan taburkan daun bawang dan sup ke atasnya.
1 ulasan:
kau masak ke ? hahahaha
Catat Ulasan