Jumaat, 27 April 2012

Kayakah yang mewah, daifkah yang miskin ?

Ke sini ke sana, amboi kemain beg Gucci, beg Prada.
Fulamak Jimmy Choo tu dah macam best friend forever.
Topshop dan Zara dah jadi macam Uptown Danau Kota.
Setakat pent house Hartamas tu memang celah gigi lah.
Kad kredit jangan nak cakap dah confirm tanpa batas.
Spa setiap minggu dah jadi rutin.


Tapi nak harapkan senyum pun susah inikan kata - kata syukur.
Hmmm kaya kah yang mewah ?


Ke sini ke sana, harapkan saku seluar sahaja gantikan bag,
Orang kemain pandang sambil juih mulut,
Atas baju berpunah jahitan tampalan kain,
Uptown Danau Kota pun belum mampu,
Kasut cap ayam yang di kaki pun bekurun dipakai,
Rumah setinggan Kampung Baru pun belum tentu lagi,


Tapi senyuman, ucap syukur tak pernah lekang di bibir.
Hmmm daif kah yang miskin ?



2 ulasan:

Faezal Norizan berkata...

bodoh pe kantoi buncit...seb baik comel..kahkahkah..

Fatin Latiff berkata...

Haha itu namanya aku bantai je makan semua benda tak ada nak diet bagai ni