Jumaat, 23 Disember 2011

Syukur

Ya syukur tak dengan apa yang kita ada? Pelik kan. Orang tak bersyukur. Tak cukup dengan apa yang dia ada. Aku ada terbaca dari sebuah blog. 'Aku tinggalkan kekasihku untuk orang yang lebih hot' Aku taknak komen apa yang dia katakan. Itu hal dia aku tau. Persoalannya kenapa manusia susah nak bersyukur?


17 tahun. Lebih 17 tahun aku bernafas atas medan ini. Medan persinggahan ini. Manusia itu banyak kerenahnya. Itu dan ini. Masing masing punya otak fikiran tetapi otak fikiran yang berbeza. Ada yang sangat berbeza, terlalu berbeza, sedikit berbeza dan ada yang sama lansung tiada perbezaan. 


Soalnya bukan pandangan kita. Soalnya manusia memang tiada yang sempurna. Nobodys perfect right? Perkataan syukur. Syukurlah dengan apa yang kau ada. Percayalah dunia ini ada keadilannya. 


Aku menilai, aku bertanya. Perlukah sesuatu yang lebih sedangkan kita sudah memiliki sesuatu yang sudah berharga? Majoriti berkata ya. Entahlah manusia. Kau kenal diri kau siapa, bukan aku. 


p/s : Dunia tak adil? Tanya hati kau. Anyway, tahniah shown (Ahmad Syahiir Hamdi)  satu-satunya lelaki yang tidak bersetuju untuk statement 'Aku tinggalkan kekasihku untuk orang yang lebih hot'. 


Syahirah Yahaya


Gambar : Ieka Zuber, terima kasih

Tiada ulasan: