Rabu, 28 Disember 2011

Bagus

Photoshoot lah ! Model : Nurzulaikha Amalin Zuber, Nor farzana latiff. Gambar untuk butik pakaian Alif Abdul Rahim (Alep)


Alep, kawan se-batch waktu di Mrsm Kepala Batas dan juga Ieka Zuber. 


Ignore about the photoshoot things. 


Ini ceritanya,
Aku dengan termengah - mengah, penat segala macam perasaan aku waktu tu hanya Tuhan je tau. Tambah terpaksa bermain kejar - mengejar dengan farzana lagi, Ya Allah Ya Rabbi, mengucap je aku dalam hati.
Bersesak - sesak mendapatkan tempat duduk dengan orang ramai, sebenarnya tak dapat pun.
Nak dijadikan cerita lagi kan, farzana buat hal mengantuk pulak. Budak ini 3 tahun tetapi badan dia macam budak umur 5 tahun, dengan cergas , aktif semacam memang semua takkan expect she's 3 years old.
Aku pun dukung. Risau menangis pulak, dan aku pun macam kasihan kan dari pagi dia berjalan no wonder lah dia penat dan nak tidur.
Dia tidur. Orang keliling aku bisik - bisik. Aku dengar. Ada seorang India, dia bercakap dalam bahasa inggeris, aku faham lah jugak. Dia cakap aku patut duduk, dan dia pelik dan sangat pelik kenapa tiada seorang pun pelawa aku untuk duduk. Dia bising. Nampak lah muka kurang puas hati. Fuhh ! Terharu betul ! Ada yang simpati. 
Akhirnya, seorang wanita bersuara. Dia senyum dan tegur aku. Dia tanya aku turun stesyen mana. Dengar je Batu Tiga terus dia berjalan pergi ke arah seorang perempuan. 


"Eh boleh kasi akak tu duduk tak? Kesian dia kena pangku anak dia lagi? Boleh kan?" Tanya kakak itu.


Aku terdiam. Terima kasih sangat. AKu terkejut sampai nak ucap terima kasih pun aku tak terluah. Aku senyum je. Yang sedihnya, Farzana bukan anak aku lah ! tuanya aku ! Apa - apa pun buat kakak manis, ini khas untuk awak.


"Sorry akak, bukan taknak berterima kasih, terkejut sampai tak terkeluar perkataan TERIMA KASIH, apa - apa pun terima kasih yang tak terhingga. Dan saya bangga ada rakyat Malaysia macam kakak."


Nak menambahkan lagi betapa bagusnya rakyat Malaysia , Melayu ,Cina , India semuanya bising waktu aku tak ada tempat duduk. Semua tak puas hati. Walaupun hanya suara - suara sahaja keluar, itu pun sudah mampu buat aku tersenyum. 


Terima Kasih Malaysia/ Bangga betul ni kan ! Haha


p/s : Rakyat macam ini yang kita mahukan , prihatin akan orang lain. Terima kasih ieka, alep


Nor Farzana Abd Latiff




Gambar : Alif Rahim, terima kasih

Tiada ulasan: