Sabtu, 31 Disember 2011

Welcome to day 365

Final day of 2011.
Because of that, loads of thanks I would like to wish to each one of the Malaysian, and to everyone ofcourse.
Thanks for everything.

People do change. Who knows right? So for the 2012 go ahead make my day !
2011 kept reminding me to stay cool and be much better, stronger, chiller, etc for the really great coming 2012. 
Dear2011, thanks for the memories. Yaa, the memories grew day by day. Im not lying. 
And for you people, I got 3 post for the final day. I wont sleep for the entire night, I think.

Btw, guys did you watched Mimpi Sampai ke Bintang ?
If yes, do you know Elfira Loy's friend? The one gave her Ipad2 and borrowed her an Iphone?
Okay I do love her characters. She takes a very good care of her friends.
And yaa the most important is, she tried to learn to speak in English in her daily life.
Eventho got laughed and teased by Elfira's and others, she's still remain the same.
I dont know who you are really is, but the character you put in it, is so cool and so much fun.
A very hardworking girl, always works hard to gain something valuable.
It is the language.

p/s : Saya orang putih 

Didat !


Gambar : Ieka Zuber, terima kasih atau thanks ? tak kisah 


Pertamanya : Zaman pra-matang

Sekadar menge-post gambar vain yang sudah berkurun ni. 
Location : Bread History, Sunway Carnival, Penang.














p/s : Perempuan berbaju kurung/kebaya/kebarung cantik. Jangan berkemban sudah.

Keduanya : Dua perkataan berharga

Ya dua perkataan tu terima kasih ?
Terima kasih untuk apa ? Untuk semuanya lah !

Minggu ini minggu berterima kasih. Apa kata kita ringan - ringankan mulut ucap terima kasih ? 
Tak salah kan ? Senang je TERIMA KASIH. Tak susah. Tak kena bayar pun.
Semua akan tersenyum bila dengar.
Jangan lupa ucapkan terima kasih kembali.

p/s : Aku nak Iphone 4s, tolong lah

Sibuk makan janin haha



Gambar : Cant remember, terima kasih !




Ketiganya : Penting ni woi

Kawan ? Penting ke dalam hidup ?
Bagi aku, sejuta kali penting.

Tanpa kawan, aku akan..

Keseorangan
Meaningless
Miskin
Hina
Lemah
Lembik
Tak bermaya
Tak ada otak
Hilang kepercayaan
Penat
dan macam - macam lagi

Tapi yang paling penting, tanpa kawan aku ibarat tak bernyawa, tak ada kehidupan
Terima kasih buat mereka yang ada tika susah dan senang, yang mewarnai dunia hitam putih aku ini, yang hidupnya atas dasar nama kawan, yang dan macam - macam lagi.

Mereka yang aku hargai, aku persembahkan :


Tak akan aku lupa, di mana semuanya bermula



Hari - hari terakhir tingkatan 4


Camp 


Sambutan Hari penambahan umur Madie


Hari Asrama !


Hari sukan !



Keluar ke bazaar


Overnight di Sunway Carnival


Edu Fair kot ? Entah


Kelas 501 yang cool -.-


Hari apa entah, with juniors


Kem Jati Diri kot ? Entah


Hujan girls version haha


Camp again


Ban dan Mael


Ber-vain


Mock Interview


Hari sebuah masjid dibina, Alhamdulillah



Ponteng surau


Webbie


Adilah's place


Overnight di Penang


Yasmin dan Acap, geng peeyelkenen


Hari penambahan umur si cantik yasmin anuar, itu shown 


Berhari raya bersama korang !



Kawan - kawan adalah sebab aku masih di sini. Aku doakan korang bahagia di mana - mana sahaja berada. Buat mereka, aku sayang korang. Semua kenangan yang terlukis InsyaAllah akan aku simpan dalam balang hati aku.

p/s : Buat yang tiada gambarnya, jangan bunuh diri. Aku ingat korang. Cuma...aku tak ada gambarnya je. Maaf.




Rabu, 28 Disember 2011

Bagus

Photoshoot lah ! Model : Nurzulaikha Amalin Zuber, Nor farzana latiff. Gambar untuk butik pakaian Alif Abdul Rahim (Alep)


Alep, kawan se-batch waktu di Mrsm Kepala Batas dan juga Ieka Zuber. 


Ignore about the photoshoot things. 


Ini ceritanya,
Aku dengan termengah - mengah, penat segala macam perasaan aku waktu tu hanya Tuhan je tau. Tambah terpaksa bermain kejar - mengejar dengan farzana lagi, Ya Allah Ya Rabbi, mengucap je aku dalam hati.
Bersesak - sesak mendapatkan tempat duduk dengan orang ramai, sebenarnya tak dapat pun.
Nak dijadikan cerita lagi kan, farzana buat hal mengantuk pulak. Budak ini 3 tahun tetapi badan dia macam budak umur 5 tahun, dengan cergas , aktif semacam memang semua takkan expect she's 3 years old.
Aku pun dukung. Risau menangis pulak, dan aku pun macam kasihan kan dari pagi dia berjalan no wonder lah dia penat dan nak tidur.
Dia tidur. Orang keliling aku bisik - bisik. Aku dengar. Ada seorang India, dia bercakap dalam bahasa inggeris, aku faham lah jugak. Dia cakap aku patut duduk, dan dia pelik dan sangat pelik kenapa tiada seorang pun pelawa aku untuk duduk. Dia bising. Nampak lah muka kurang puas hati. Fuhh ! Terharu betul ! Ada yang simpati. 
Akhirnya, seorang wanita bersuara. Dia senyum dan tegur aku. Dia tanya aku turun stesyen mana. Dengar je Batu Tiga terus dia berjalan pergi ke arah seorang perempuan. 


"Eh boleh kasi akak tu duduk tak? Kesian dia kena pangku anak dia lagi? Boleh kan?" Tanya kakak itu.


Aku terdiam. Terima kasih sangat. AKu terkejut sampai nak ucap terima kasih pun aku tak terluah. Aku senyum je. Yang sedihnya, Farzana bukan anak aku lah ! tuanya aku ! Apa - apa pun buat kakak manis, ini khas untuk awak.


"Sorry akak, bukan taknak berterima kasih, terkejut sampai tak terkeluar perkataan TERIMA KASIH, apa - apa pun terima kasih yang tak terhingga. Dan saya bangga ada rakyat Malaysia macam kakak."


Nak menambahkan lagi betapa bagusnya rakyat Malaysia , Melayu ,Cina , India semuanya bising waktu aku tak ada tempat duduk. Semua tak puas hati. Walaupun hanya suara - suara sahaja keluar, itu pun sudah mampu buat aku tersenyum. 


Terima Kasih Malaysia/ Bangga betul ni kan ! Haha


p/s : Rakyat macam ini yang kita mahukan , prihatin akan orang lain. Terima kasih ieka, alep


Nor Farzana Abd Latiff




Gambar : Alif Rahim, terima kasih

Ahad, 25 Disember 2011

What's next after SPM?

'Kami the movie' dan 'Kami the series' sinonim di kalangan budak gigs. Ya, aku bukan budak gigs. Bukan soal budak gigs yang menjadi bahan. Cerita Kami ada kisahnya, ada benarnya, ada betulnya. Tak faham kan?


Cerita Kami berkisar tentang pergolakkan dunia remaja. Remaja yang sedang mencari erti kehidupan sesudah tamatnya SPM. SPM is over? Cerita ini melihatkan pada kita kisah beberapa orang remaja yang cuba mencari jawapan dalam hidup. Semuanya berlaku sejurus selesainya Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM). Berulang kali aku mainkan semula filem ini, betul berkali kali. Bukan sekali, bukan dua kali tetapi berkali kali. Bagi yang belum menonton, rugi besar.  


Igauan -  igauan indah enak mentertawakan mimpi 
pada hidup yang ngeri 
sentiasalah menanti 


'Puisi Utopia Trauma'


p/s : Aku teringat kawan aku cakap SPM itu Sijil Pergi Mampos


Muhd Khairullah


Gambar : Nazrin Ismail, terima kasih

Jumaat, 23 Disember 2011

Dulu stranger

Senior.
Dulu cemburu tengok orang pegang title senior ni.
Sebabnya kalau ada je gelaran senior tu memang taiko habis, ketua segala mafia (over)


Masa hujung F4 baru lah dapat kenal dengan kakak abang senior.
Haha tak pernah pulak panggil korang abang kakak kan ?
Bukan tak respect, aku hormat kau dan kau cuma entah aku, kau lebih comel gitu ?


Fatin Haziqah 


Dulu aku tak suka dia.
Betul.
Bila budak - budak ajak lepak dengan dia.
Aku macam gedik eeeeuw taknak lah.
Tapi... bila dah kenal dia tak seperti yang aku imagine.


Dia sekali kenal kita dan anggap kita ini kawan, sampai mati dia akan ingat kita.
Itu yang aku kenal pasal Aten.
Dia tak senang - senang lupa kawan.
Setiap kali cuti, mesti ajak aku keluar.
Sorry sangat, bukan taknak lepak sekali cuma kau tau kan kau selalu ajak salah waktu.
Walau apa pun bagi aku, kau senior terbaik.
Setahun lebih kau dah tinggalkan sekolah tu, tapi kau dengan aku masih macam dulu, tak ada pun yang berubah.


Paling aku terkesan bila waktu kau datang ambik result, kau jumpa aku dekat stadium.
Waktu tu aku pergi dekat kau dengan Acap, and kau datang semata - mata sebab aku yang mengada ni. Sayang kau. 



Seterusnya : Ahmad Amirul

Oh Mard, haha boleh kata lepas kau habis spm manjang je webcam dengan kau.
Dulu mana ada skype skype kejadah ni.
Kau main gitar, walaupun buruk bunyinya, tadahkan je telinga.
Paling aku terkesan bila kau call aku waktu spm days, guna public phone ?
Haha kelakar gila.
Apa - apa pun aku rindu kau bro.


Muka jambu 

Next : Nazrin Ismail

Jong !
Orang yang selalu protect aku waktu naik train.
Dia akan make sure aku selamat je sepanjang perjalanan.
Dulu lah kan ?
Sekarang kau mana layan train dah, kereta je sekarang.
Sumpah aku rindu kau. Sangat.






Muhd Khairullah 

Ya Allah dia ni, satu - satunya kawan yang aku rasa jaga result aku gila.
Asal contact je mesti tanya, study okay ?
A very good listener.
Dia cepat tangkap kalau aku ada masalah eventho kitorang on the phone je pun. 
Genius ni. Got 9A's for SPM10.
Aku rindu kau Pengat.
Kau susah betul kan nak keluar ? Rasa nak paaang je hehe gurau


Farhan Mokhtar 

Dia ni gifted, I think.
Manjang 4.00 rasa nak lempang je sebab genius sangat.
Seronok tau peluk dia haha.
He got straight A's too.
Cuba baca essay English dia, great !
Itu sebab Yasmin ngokngek sibuk canang merata essay dia.
Ahh rindu kau Paan. So much.

AMARAN KERAS : Gambar zaman nenek nenek


Terima kasih buat korang. Senior pun senior lah. Tak ada benda pun title tu, apa yang lebih penting aku sayang kau. Jaga diri. I lev yiu.


Syukur

Ya syukur tak dengan apa yang kita ada? Pelik kan. Orang tak bersyukur. Tak cukup dengan apa yang dia ada. Aku ada terbaca dari sebuah blog. 'Aku tinggalkan kekasihku untuk orang yang lebih hot' Aku taknak komen apa yang dia katakan. Itu hal dia aku tau. Persoalannya kenapa manusia susah nak bersyukur?


17 tahun. Lebih 17 tahun aku bernafas atas medan ini. Medan persinggahan ini. Manusia itu banyak kerenahnya. Itu dan ini. Masing masing punya otak fikiran tetapi otak fikiran yang berbeza. Ada yang sangat berbeza, terlalu berbeza, sedikit berbeza dan ada yang sama lansung tiada perbezaan. 


Soalnya bukan pandangan kita. Soalnya manusia memang tiada yang sempurna. Nobodys perfect right? Perkataan syukur. Syukurlah dengan apa yang kau ada. Percayalah dunia ini ada keadilannya. 


Aku menilai, aku bertanya. Perlukah sesuatu yang lebih sedangkan kita sudah memiliki sesuatu yang sudah berharga? Majoriti berkata ya. Entahlah manusia. Kau kenal diri kau siapa, bukan aku. 


p/s : Dunia tak adil? Tanya hati kau. Anyway, tahniah shown (Ahmad Syahiir Hamdi)  satu-satunya lelaki yang tidak bersetuju untuk statement 'Aku tinggalkan kekasihku untuk orang yang lebih hot'. 


Syahirah Yahaya


Gambar : Ieka Zuber, terima kasih