Selasa, 17 April 2012

Should go for it or not ?

Hi, Assalamualaikum.


I got an offer letter from UniKL.
I copied this from their website.
Well I kinda not sure I should go for it or not.
Tunggu UPU keluar nanti kita cerita lain.





Nak tunggu ke tak? Nak ke taknak? Tunggu je lah untuk IPTA dulu

Ahad, 15 April 2012

We still friends right ?

How Im going to know kalau one person ni terasa hati ?


Bukan senang nak puaskan hati semua orang.
Senang cerita, perasaan ini macam 'di telan mati emak, diluah mati bapak'.
Thats what I've feel now.


You are one of my friend, kalau terasa just lemme know.
As a human being, I tak boleh nak puaskan hati semua orang.
Im not an angel.


I started to realise you not in my friend list anymore.
I thought you just click unfriend je.
And I tried search for your name.
Dissapointed.
Really dissapointed.


Dear friend,
I got something to ask.
My question is, are you blocking me on Facebook?
If yeahh let me know why.

We should have a talk.
You cant treat me like this.
If I did anything wrong, texts me, calls me.
This is not the solution.


p/s : If you still following my blog, hope you read this and text me as soon as possible!



Hi, this is Sarah Bariqa. She is so adorable.

Rabu, 11 April 2012

She's grown up.

Yasmin texted me. 

Yasmin : Fatin, ahad ni free tak ?
Me      : Oh ada apa ?
Yasmin : Eh silap, ahad in two weeks time, kau free tak ? Tidur rumah Amalina jom.
Me      : Oh Selasa depan boleh ? Parents aku tak ada the whole day.
Yasmin : Oh aku free weekend je yang
Me      : Oh I think I can make it. Cemana nak pergi rumah Amalina ?
Yasmin : Train! Hahahaha
Me      : Oh okay. So tunggu aku dekat Batu Tiga since hang dari Klang kan ?
Yasmin : Okay aku dari Subang lah.
Me      : Okay just one stop je from Batu Tiga. Okay hang tunggu sana, aku pergi dekat hang.
Yasmin : Haa ye lah.

Im glad, Yasmin yang dulu selalu kerah her parents untuk dia ke hulu ke hilir is now changed! Im not telling you Yasmin ni lame, noob pasal public transport in KL but she's kinda afraid to survive alone by herself. Im proud of you darling. Plus I heard she went somewhere in KL before ni naik public transport? You cool sayang. So hopefully Yasmin dapat pujuk Uncle Anuar pasal ni. Amin.

Bye everyone! 
Before that, say Hi to Yasmin (:


Sabtu, 7 April 2012

Mass communication

Im applying mascom for Uitm's. Like seriously, Im not going for Science anymore. I still remembered my best teacher ever, Ms Alhana told me I've taken the wrong path. Im not into science. I hope Allah will show me the best way. Some people do agree with this, and some do not. But whatever it is, Im going to take this. This is going to be fun. Hopefully I'll be offered. If I'll get the offer, I'll be studying in Melaka! Yeahh Melaka. This could be extremely fun jyeahh. Hope everythings allright. Please doakan I'll get the offer. 


Wow there's lot of WILL.

Hehe to be exact I kinda love my life now.

Jumaat, 6 April 2012

Jangan sesekali menyerah


Tak ada manusia yang terlahir sempurna. Jangan kau sesali segala yang telah terjadi. Kita pasti pernah mendapat cobaan yang berat seakan hidup ini tak ada artinya lagi.  Syukuri apa yang ada hidup adalah anugerah. Tetap jalani hidup ini melakukan yang terbaik. Tuhan pasti kan menunjukkan kebesaran dan kuasanya bagi hambaNya yang sabar dan tak kenal putus asa.

Dunia

Gelisah tak bermaya manipulasi antara kita dan bencana yang melanda generasiku menjadi mangsa dan ini bukan lagi seperti yang kau impikan percaya kataku. Aku bimbangkan dunia tiada cahaya ku terima. Aku tentang segalanya moga kau akan turut serta. Di dunia kuasa sementara komunikasi tiada makna dan tindak balas ego yang ku terima tiada perasaan kecewa dan ini bukan lagi seperti yang kau impikan. Percaya kataku. Aku bimbangkan dunia
tiada cahaya ku terima. Aku tentang segalanya moga kau akan turut serta di dunia kita




*Muntah hijau after look at my smile

Sabtu, 31 Mac 2012

Dah diharamkan eh?

Assalamualaikum.

Apa yang nak dikongsikan bukan mengenai lagu, dunia hiburan semata - mata.
Bukan pasal Zizan.
Bukan pasal Kaka.
Malique ?
Pun jugak bukan.
Cuma satu isu panas yang ada melibatkan nama - nama tersebut.

Siaran radio Hot FM tu memang dah set dalam kereta.
Naik kereta je, memang suara - suara penyampai radio Hot FM je berceloteh.
Jarang bagi chance juru hebah station lain.

Okay ceritanya begini, asal naik kereta memang tak sah tak ada lagu "Bawaku Pergi" nyanyian Kaka featuring Zizan dimainkan.
Pernah dengar tak?
Tak pernah?
Haha dah terlambat sebab penyiaran lagu ni dah dihentikan!

Atas sebab apa?
Katanya sebab bait - bait lirik lagu tu yang boleh bagi influence untuk remaja lari dari rumah dengan boypren.
Fuuuuuh dah berpunah aku dengar tak terasa lah pulak nak lari rumah.

Lirik :

bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali
tengah malam nanti
tolong jangan lupa
jangan mungkir janji
aku dah teruja
sudah cukup lama
aku tunggu saat ini
sejak kali terakhir kau hantar pulang
hidup sungguh sepi
tolong jangan bilang mama
tolong jangan bilang papa
malah jangan bilang teman karibmu
jangan bilang sesiapa
oh, buku merah jangan lupa bawa
moga-moga belum tamat tempoh
kali ini kita pergi lebih lama
pergi lebih jauh, ayuh
bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali
mata dalam kaca, topi berceloreng
sarung tangan hitam, atas muka ada topeng
hanya perlu siul, tidak tekan loceng
hero sudah sampai, cepat terjun dari loteng
kita terus ke sempadan aku pacu, engkau bonceng
bawa bekal air muka cuci aib bopeng
lari dari kewajipan, tanggungjawab ponteng
lari dari kenyataan, mula kisah dongeng
tinggalkan dataran, puncak dunia kita duga
tinggal kemewahan cuba cara hidup purba
lari-lari baling bola salji depan gua
sambil cari yeti kita boleh cari (what?)
tinggalkan dataran, puncak dunia kita duga
tinggal kemewahan cuba cara hidup purba
lari-lari baling bola salji depan gua
tidak jumpa yeti moga-moga jumpa syurga
bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali
bila kita pergi
apa kan berlaku
siapa kan peduli
siapa ambil tahu
hidup kita tempuh
untuk apa saja
tidak kira mana kembara membawa
kita kan bersama
oh, buku merah jangan lupa bawa
moga-moga belum tamat tempoh
kali ini kita pergi lebih lama
pergi lebih jauh, ayuh
bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali
Senang cerita kalau ada orang memang nak lari daripada rumah, dia lari juga. Tidak perlu lagu pun dia akan lari, kan?



Waktu hari sukan di Stadium Kepala Batas

Rabu, 21 Mac 2012

Thankyou senior

I kinda dissapointed, frustrated with my SPM's result. To those who did texted, called me, tweet me, posted on my wall. Im so sorry I cant. I need time to recover. Well I keep telling everyone SPM is just something not everything, but its really hit me now. I felt stupid seriously. I got 3 A's. Is it not about 3A's but its about how does it feel. I got 3A's and I am a mrsm's student? Okay please Fatin jangan maki di sini.


Then came my seniors from my school.


Pengat, he's a really brilliant.
He got straight A's for his SPM'10.
He tweeted me


"SPM is like you go throw the slip inside dustbin, now move forward, aku fail je selalu kat kolej ni"


Okay then another senior, I love this one.
Nazratul Zahara.
She told me,


"hey ! As a senior yang senasib, please don't get demotivated ! :) SPM ni alaaa takde apa sangat pun. Seriously"


"It's okay. You've done your best. Tak semestinya dapat 3 A tak boleh berjaya kan. My friend 3 A dekat U Dean's List je ;)"



And I think of taking Komunikasi dan Media. Is it okay or not ?


p/s : This is not the end yet. You can do something better in the future. Trust me. I need to trust myself.




I hate this photo actually because I look akward

Jumaat, 16 Mac 2012

Bad day, bad hairdo

Its Tuesday bersamaan 13 Mac 2012.


Katanya nak keluar melepas rindu dengan Ieka, but too bad Ieka ada hal yang tak dapat dielakkan.
So ?
So terpaksalah aku seorang diri meneman lelaki lelaki macho ini.

Semuanya demi Bunohan yang aku dah letakkan high expectations on this local film.
Setakat ini filem Malaysia yang berada dalam list fav lah kan, Cun dan Songlap.


Aku datang dengan Amad, naik KTM.
Amad naik dari Klang, aku dari Batu Tiga.
Maknanya kitorang sama - sama dari satu lane.
So sampai terus ke NZ Curry House, Pavillion.
Jumpa Izda' dan kawan - kawan dekat sana.
Ada Haikal, Ijat, Nazumi dan Chok.
Dorang baik.
Cuma aku je yang tak berapa reti nak be friendly.
Ish geram betul.


Bunohan di Times Square jam 0540 petang.
Dalam pukul 0530 petang dah ready dengan pop corn.
Sampai depan kaunter, Izda' buat hal.
Ticket hilang.
Nasib abang situ okay kasi kitorang masuk jugak.
Hampir - hampir Izda' nak beli ticket lain.
Selamat kau Izda' eh.


Masuk pulak tak tahu hall mana.
Tanya sorang abang India ni.
Dia pun tunjukkan kitorang hall tu.
Kitorang masuk, muka semangat je yakin.
Duduk dan terus tunggu Bunohan start.
Izda' macam ragu - ragu.
Dia mintak aku tanyakan akak sebelah tu cerita apa.
Yang akak tu pekak ke apa aku tak pasti.
Yang aku tahu dia main angguk je kepala.
Dan itu telah menambahkan level kepastian ini adalah hall tayangan Bunohan.
Malangnya datang beberapa orang menuntut tempat duduknya.
Memalukan betul.
Rasa macam berbogel.


Rupa - rupanya kitorang salah masuk hall.
Memang cantik.
Masuk hall lain, Chok pulak dah.
Hilang phone.
Malangnya phone dia sampai ke sudah tak jumpa.
Nak buat cemana Chok, maybe mintak ditukarkan phone baru kot kan ?


Bunohan apa cerita ?
Menarik sebenarnya.

Mungkin sebilangan akan cakap membosankan kan,
tapi secara umumnya menarik.
Cerita ini menunjukkan realiti kehidupan sekarang.
Sebuah ikatan kekeluargaan.
Ish sedih pun ada.


Apa - apa pun cerita yang menarik dan aku suka.


p/s : Terima kasih. Berikut merupakan muka Izda' yang aku rasa nak penerajang. Sesiapa yang berminat untuk turut serta penerajang sila pm saya. Okay Izda' aku gurau tak payah touching lelebih.




Sabtu, 3 Mac 2012

Perasaan malu itu

Malu aku.
Macam mana nak describe malu tu pun aku tak tau.
Tapi, perasaan malu tu memang kurang ajar.


Malu bila aku dengan Ame pergi ke Bukit Bintang dengan Monorel.
Ini terjadi bila kita takut nak ambil lesen, takut jadi pemandu, penumpang malahan pembonceng.
Lebih mempercayai kemudahan awam.
Entah, tiada jawapan.


Ruang kerusi yang disediakan 3 seats untuk satu lane.
Jadi aku dan Ame memilih untuk duduk bersama seorang kanak - kanak.
Aku anggarkan dia berumur lebih kurang 11 tahun.
Comel, asyik tersenyum je.
Seorang lelaki yang berumur lebih kurang 40-an berdiri betul - betul dihadapan kawan aku.


Tiba - tiba,
kanak - kanak itu bangun dan offer uncle itu tempat duduknya.
Bukan macam meng-offer ayam yang pasti.
Sungguh - sungguh betul dia.
Aku dan Ame terkedu.
Aku pandang Ame.
Ame pandang aku.

Sebab malu.

Kanak - kanak yang belum cukup matang pun boleh berfikir kan ?



Jangan tanya kenapa memek muka aku macam tu

Jumaat, 17 Februari 2012

She lost her mom.

Assalamualaikum.


Berita kematian.


Sekali lagi aku terima.


I used to live in Penang when I was a small kid.
And I did make a lot of friends there.


Tunku Amirah.
Sejujurnya kitaorang tak pernah rapat, just kenal - kenal.
Dia cantik orangnya.
Bertudung, manis.


Baru - baru ni ibu kepada Tunku Nor Amirah pergi meninggalkan dunia.
I know this thing would be such a tough thing for her.
Sedihnya bila dah tak ada orang lagi kita boleh panggil 'emak'


Walaupun mama banyak membebel, aku rasa lega.
Sekurang - kurangnya aku masih boleh dengar mama berleter.
Haha kadang - kadang mood tak elok, menjawab jugak aku.
Sikap buruk yang aku susah nak ubah.


Buat Tunku, we all called her Tunku, I dont know why, I got another friend too named Tengku.
This is for you :


"Percayalah mungkin ini adalah satu ujian yang sangat berat buat hang. Aku tau, tapi hang kena kuat. Aku tau kehilangan seorang ibu itu perit. Mungkin hang akan cakap.


"Fatin, hang taktau hang tak rasa apa yang aku rasa"


Ya aku memang tau. Walaupun kita bukanlah sangat rapat, aku jadi bersedih jugak untuk hang. Hang kawan aku, pernah jadi kawan aku dan selamanya kawan. Aku mendoakan yang terbaik buat hang. Hang ada keluarga hang lagi, walaupun ahlinya dah berkurangan seorang, hang ada kawan - kawan, yang paling penting hang ada Dia. '


p/s : Takziah buat keluarga Tunku Nor Amirah. Semoga arwah ibunya dicucuri rahmat. Al-Fatihah.


Im sorry, I took this from your account.

Rabu, 15 Februari 2012

Anda di mata orang lain


Suatu hari seorang penceramah terkenal membuka seminarnya dengan cara yang unik.

Sambil memegang wang RM100, dia bertanya kepada hadirin,

“Siapa yang nak duit ini?”.

Kelihatan ramai penonton angkat tangan menunjukkan ramai yang minat.

“Saya akan berikan ini kepada salah seorang dari anda , tapi sebelumnya perkenankanlah 

saya buat ni dulu.”


Dia berdiri mendekati hadirin. Wang itu diramas-ramas dengan tangannya sehingga renyuk.

Lalu bertanya lagi,

“Siapa yang masih mahu duit ini?”

Jumlah tangan yang mengangkat tak berkurang.

“Baiklah,” jawabnya,

“Apa jadinya bila saya melakukan ini?”

Ujarnya sambil menjatuhkan wang itu ke lantai & melenyek-lenyekkan dgn kasutnya. Meski 

masih utuh, kini wang itu jadi amat kotor,lusuh dan amat renyuk.
"OK, sekarang masih ada yang berminat?”.

Tangan-tangan yang angkat ke atas masih tetap banyak.

Hadirin sekalian, Anda baru saja menghadapi sebuah pelajaran penting. Apapun yang terjadi

dengan wang ini, anda masih berminat kerana apa yang saya lakukan tidak akan mengurangi

nilainya.

Biarpun renyuk,lusuh dan kotor, wang ini tetap bernilai RM100 juga..

Dalam kehidupan ini, kita pernah beberapa kali terjatuh, terkoyak, dan dipenuhi kotoran

akibat keputusan yang kita buat & situasi yang menerpa kita dalam sesuatu keadaan dahulu.

Dalam keadaan seperti itu, kita merasa tak berharga, tak bererti.

Padahal apapun yang telah & akan terjadi, anda tidak pernah akan kehilangan nilai di mata

mereka yang mencintai anda, lebih-lebih lagi di mata Tuhan.

Jadi walau bagaimana kotor pun anda, kita masih mempunyai nilai yang tersendiri.

Sayangilah diri anda, bertaubat jika membuat dosa, terus berusaha jika gagal kerana diri

kita sebenarnya amat berharga.

Dan jangan terlupa kita adalah makhluk Allah yang di pandang sama, hanya iman dan takwa

yang membezakan kita.

p/s : Saya tau saya bukan Islam yang baik, tak layak nak bercakap semua ni. Maaf saya tetap

jugak nak bercakap.

Ahad, 12 Februari 2012

Kenapa dengan account Facebook yang lama ?

Bukan maksud aku melupakan yang lama.


Cumanya..
Aku lupa password account Facebook aku.
Terpaksalah kan meng-sign up for a new account again.

Ramai tanya aku.
Kenapa deactive account Facebook ?
Merajuk ke ?
Terasa hati ke ?
Eh bukan bukan.

It more to give me some space on other things.
I mean I wasted a lot of time on Facebook.
Kalau tak percaya tanya Pak Mark Zuckerberg.
Dia ada tanya aku kenapa kan ?
Aku dah jawab dengan telus dan ikhlas.

Sebenarnya banyak perkara dan sebab lagi lah.
Cumanya aku rasa perkara kecil yang aku rasa tak perlu nak kecoh, gelabah semua.
Kita kena ingat, bukan kita sorang je ada masalah ?
Setiap orang ada.



Tujuan aku deactive pun nampak sangat its temporary thingy kan.
Kalau I really want to go get my life, I should have shut the facebook account kan ?
See, I didnt do it right ?
But malang sekali password account Facebook lama aku lupa.
Amnesia I guess ?
Choiii! Bukan lah.
So I ended up by doing a new account.

Begitulah ceritanya.

Maaf jikalau ada yang aku belum add.
Maaf sebab terlepas pandang.


Gambar : Terima kasih Ieka Zuber

Kepada yang aku belum add :

Silakan click Ftn Latiff

InsyaAllah I'll approve it.
Assalamualaikum.

Isnin, 6 Februari 2012

Hilang kata - kata

Assalamualaikum.


Bila Hakimy Zamri bertanya,


"Fatin, bila nak update blog ?"


Aku masuk bilik.
Petik suis lampu.
Perlahan - lahan mengorak langkah ke meja belajar.


Aku bukak laptop.
Menyemak notifications yang tak seberapa.
Melihat - lihat e-mail yang ada.
Tiada yang istimewa yang harus aku boldkan.


Aku duduk.
Aku renung screen laptop ni.
Aku renung lagi.


Sia - sia.
Aku tekan papan kekunci ini.
Aku cuba.
Tapi aku gagal.


Ternyata aku hilang kata - kata .


p/s : Maaf Kimy, aku taktau nak cakap apa lah.



Gambar : Terima kasih Ieka

Ahad, 5 Februari 2012

Sejak akhir - akhir ini

Ceritanya begini.
Aku rasa tak seronok.


Rasa nak marah.
Rasa nak baling barang
Rasa nak lenyek orang
Rasa nak bunuh orang.
Dan semua rasa berlaku tanpa ada apa - apa alasan.


Anyway, today was a bad day for me.
So hot in Penang.
My hair kinda frizzy.
Oh please let my hair grow longer.
So jealous of my cousin, her hair so long plus she so cute kan.
And got two kenduri today.
I mean its cool to meet our relatives and so on, but the weather is not cool.
Im getting melekit, berpeluh and my face dah macam hantu.
My mom cakap I gelap ?
So sad.


Arrived home.
Forgot to tell, I got another house in Penang.
Log in Twitter, check mails and everything.


The whole day for me was like fghjkl
And ini cara kau layan aku pulak ?
And I decided to tweet
'Im off to bed. All the best Manchester United'


Actually kan, tak ada benda pun.
I dont know why, out of the blue, jadi sensitive and nak emo tak tentu pasal.
Hopefully, I can overcome this thing.


p/s : Ini tiada kaitan dengan PMS. By the way, last minute all my darlings made it. Eventho its seri kan for Chelsea and Man Utd, such a great match to be watched.


poyonya muka apahal ?

Sabtu, 4 Februari 2012

Utara ke selatan, selatan ke timur

Saya orang utara.
Dan saya berasal dari Pulau Pinang.


Assalamualaikum dan Hi.


Seharian berada di sekitar Kuala Lumpur, sebuah bandar besar yang penuh kesesakan.
Jadi aku memilih untuk menggunakan public transport iaitu KTM, Monorail dan LRT.
Seronok bermacam - macam ragam dan kerenah orang dapat aku lihat.


Tepat jam 6 petang, aku gerak dari KLCC ke KL Central dengan menggunakan LRT.
Setibanya di KL Central kan, ramai yang dapat aku lihat berbaju batik, berbaju sekolah.
Agaknya semua budak asrama.
Cuti sekolah kan bakal bermula.


Teringat waktu sekolah.
Waktu pulang menaiki bas dari Pulau Pinang.
Macam - macam jadi.
Pernah sekali hampir dihalau pakcik bas ?
Sebab apa ?
Haha tak payah sibuk.
Pernah jugak balik dengan bas, sampai KL Central around 3pm.
And dengan berbaju sekolah, pergi main bowling di Mid Valley.
Serabut.



Jumaat, 3 Februari 2012

Jumaat penghulu segala hari

Banyak yang ingin dikongsikan.


Antaranya :


Keluar pada jam 12 tengah hari, dengan menaiki train ke KL Sentral. Seterusnya naik monorail dari KL Sentral ke Imbi. Seronok waktu - waktu begini mencuci mata di Times Square memandangkan semua kaum Adam sedang bersolat. 


Seronok. Tak ramai orang and feel free to do anything. I mean to shop anything. I bought a pair of  wedges for me and a blouse for my mom. Glad she liked it. Selesai kaum Adam mengerjakan solat jumaat, aku segera kembali ke KL Sentral. Di sana aku menaiki LRT untuk ke KLCC. Ya, aku akan berjumpa dengan kawan Twitter dan juga kawan Mrsm, Amalina Farzana dan Irfan. Irfan sekarang sudah bekerjaya/ Haha kerja di Starbucks KLCC. 


Went there, meet my new friend from social web. Have a talk till evening. 


Around 6pm I went home.


And my brother, Aidil Latiff, which is today is his birthday kan ? So Happy Birthday. Enjoy your new fixie. 


Aidil showed me the DZMS Page.
DZMS is a modelling Agency for your information. 
And found Farzana Latiff appeared in the season 75.


This is Farzana Latiff.


p/s : Farzana look akward isnt it ?

Khamis, 2 Februari 2012

Apa yang tak best pasal Twitter ?

Wow #ayatbudakfacebook jadi trending di Twitter.


Kebelakangan ni, bila aku log in Twitter, Timeline aku dipenuhi dengan tweet - tweet yang mengutuk pengguna laman sosial Facebook. Aku tak tau lah kalau dorang ni memang tak ada Facebook pun kan ?


Tweet - tweet yang dipostkan pula hanya segelintir je kot yang akan terasa ?
Kenapa ?
Sebab aku rasa bukan semua pengguna Facebook, post status sebegini.


Macam dia ni cakap :



Antara #ayatbudakfacebook yang dikatakan : 




Kan ? Bukan semua yang post macam ni kan ?


Okay macam yang kita tau kan ? 98% artis - artis di Malaysia merupakan pengguna laman sosial Twitter.
Ada beberapa artis yang aku follow, dan selepas itu aku memilih untuk klik unfollow.
Kenapa ?


Pertama :


Ada seorang artis ni, umur sebaya aku. Entah apa yang dia nak kan, aku pun kurang pasti. Tapi aku pelik dengan satu tweet dia ni.


Bunyinya lebih kurang macam ni lah :


"I need more followers"


Aku pun klik nak tengok berapa ramai followers dia ada. Aku ingat 10 orang. Tapi about 2K something.


Keduanya :


Aku kecewa jugaklah. Artis ni nama lebih kurang aku. Bijak di hadapan lensa. Memang pelapis lah untuk pelakon pada masa hadapan ni. Cantik pun cantik. Tapi aku tak faham kenapa dia sibuk tayang boypren dia ? Bukan apa, gambar yang dia ambik pun aku kurang berkenan. Peliklah, senang cerita.


Ketiganya : 


Seorang ni memang berbakat besar. Aku tak nafikan. Aku tau dia memang dari golongan berada. Tapi tak payah lah tweet bagitau harga baju yang kau beli ni dot dot dot. Dah tu salah pulak, cost jadi cause. Aku rasa she's good in English but maybe Tuhan nak tunjuk kot. Sape suruh kau riak sangat ?


Okay Twitter for me, quite fun. People here more good at giving their opinion. But not everyone okay.
One more thing about Twitter, really good at spreading news and gossips.


p/s : This twitter makes me hate and love it at the same time



Gambar : Terima kasih Ieka Zuber

Rabu, 1 Februari 2012

Halimunan

Sign in to Yahoo.

Mula mencari email - email menarik yang harus dibaca.
Papp!
Ada satu email menarik dari si pelik.
Aku buka dan senyum.
Segera menekan papan kekunci ini untuk membalas.
Tuptaptuptap.
'Send'
Ringkas dan padat.
Akhirnya aku balas.

Gembira email aku mendapat balasan.
Tapi kini tidak lagi.
Aku yang memutuskan untuk tidak lagi.
Kenapa ?
Kerana aku gembira menjadi halimunan.

p/s : 5 tahun lagi aku tegur kau lagi okay ?


Okay itu rambut Farzana

Ahad, 29 Januari 2012

Hi perokok

Assalamualaikum dan hi kepada semua perokok - perokok tegar sama ada yang masih ada mahupun tiada.


Okay beberapa hari lepas, aku sedang duduk sambil minum kopi dan teh bersama seorang teman yang baru aku kenal. 
Dia ni jenis selamba dan takut akan lensa.
Bukan takut, tapi dia tak gemar bergambar.
Dia lebih teruja menjadi photographer daripada memberi pose yang comel comel.


Begini.
Dia ni pelik.
I dont know how to explain how so weird this girl.
But sure dia paling pelik.


Mesti kau pelik kan apa kaitan pelik dan perokok ?


Okay macam ni.
Sedang kitorang sibuk menabur fitnah *eh takde gurau lah
Dia cakap dia nak ke toilet.
So aku duduk je tunggu dia.
Berak aku rasa sebab muka dia ketat je haha.


Selepas 10min, dia datang dengan muka sengih - sengih.
Bahagia dapat membuang kot haha.
Dia duduk dan hadap aku.


Tiba - tiba,
Mak aih
Kuat gila bau..
Bukan bau dot dot.
Tapi bau rokok !


Baru aku tau dia ni perokok.
Dia cakap dia segan nak smoke dekat public nanti orang cakap apa.


Dia cakap orang sekarang dengan orang dulu - dulu lain.
Orang dulu - dulu mana kisah sangat perempuan merokok.
Sekarang ?
Kalau merokok mesti kena label perempuan jalang lah, sundal lah. 
Dah macam cop dekat dahi pulak semua tu.
Jadi, dia kalau nak merokok, dia akan lepak lama - lama dalam toilet.


Salah ke perempuan merokok ?
Memang kalau merokok je, perempuan dah tak ada nilai kesopanan ke ?
Entah, aku bukan perokok.
Tanya perokok - perokok lah.
Mereka lebih mengetahui.


p/s : Jangan merokok lah senang, lagipun membazir je.


Ieka, you know what ? I miss you :/