Sabtu, 4 Februari 2012

Utara ke selatan, selatan ke timur

Saya orang utara.
Dan saya berasal dari Pulau Pinang.


Assalamualaikum dan Hi.


Seharian berada di sekitar Kuala Lumpur, sebuah bandar besar yang penuh kesesakan.
Jadi aku memilih untuk menggunakan public transport iaitu KTM, Monorail dan LRT.
Seronok bermacam - macam ragam dan kerenah orang dapat aku lihat.


Tepat jam 6 petang, aku gerak dari KLCC ke KL Central dengan menggunakan LRT.
Setibanya di KL Central kan, ramai yang dapat aku lihat berbaju batik, berbaju sekolah.
Agaknya semua budak asrama.
Cuti sekolah kan bakal bermula.


Teringat waktu sekolah.
Waktu pulang menaiki bas dari Pulau Pinang.
Macam - macam jadi.
Pernah sekali hampir dihalau pakcik bas ?
Sebab apa ?
Haha tak payah sibuk.
Pernah jugak balik dengan bas, sampai KL Central around 3pm.
And dengan berbaju sekolah, pergi main bowling di Mid Valley.
Serabut.



Tiada ulasan: