Impian aku sejak kecik nak jadi seorang wartawan.
Waktu kecik-kecik dulu memang lah angan-angan dah pasang dah.
Nak jadi wartawan, nak hidup dalam dunia glamor.
Boleh propa sana sini, boleh melodi sana sini, boleh galaksi sana sini.
Konon nak jadi macam Naz Ahmad lah kan.
Tahun 2003, Misteri Nusantara mula bersiaran selama setengah jam di TV3.
Aku baru darjah 3 waktu tu, jadi Misteri Nusantara ni aku klasifikasikan cerita orang tua. Budak-budak macam aku makan gula-gula kipas udang depan televisyen, tengok Patrick dengan Spongebob tangkap obor-obor.
Tahun 2008, Misteri Nusantara kembali lagi selepas berjaya mencatat rating sebanyak 3.11 juta penonton. Kali ni, kalau boleh sekali pun aku taknak terlepas tengok. Tapi malangnya aku bersekolah asrama di Pulau Pinang, so aku jarang dapat tengok.
Tahun 2012, Misteri Nusantara kembali lagi dengan lebih banyak cerita mistik. Kali ni aku rasa menarik sangat, sebab pedalaman Filipina habis diterokai. Dalam waktu yang sama, dia banyak cerita macam mana cara bomoh Filipina dalam mengubati penyakit misteri, macam kena sampuk, kena rasuk. Bukan setakat di Filipina, banyak lagi tempat team Misteri Nusantara ni dapat pergi. Musim kali ni pulak aku rasa memang best sebab lagi adventurous, lagi challenging. Rugi tak tengok beb.
Dari tahun 2003-2012, dalam banyak-banyak episod Misteri Nusantara, aku paling suka waktu dia paparkan kisah misteri di sebalik pembinaan Penjara Pudu.
Disebabkan Misteri Nusantara, aku nak jadi wartawan dalam bidang paranormal ni. Plus I got friends, Paer yang memang sebulu lah orang cakap. Dia pun excited pasal benda ni.
Mana tahu satu hari nanti aku ganti tempat abang Zainal Ariffin kan?
Tak ada benda mustahil.
Tak ada benda mustahil.
"Jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri"
Yang keduanya, pendorong aku nak jadi wartawan dalam skop paranormal ni sebab filem seram. Aku minat filem ber-genre seram.
Tapi sayang kan ku gapai bintang dari langit untukmu....
Eh maksud aku tapi sayang aku dah nak ke Politeknik Ungku Omar, Ipoh.
Rezeki ada di mana-mana.
Walaupun apa yang aku belajar sekarang tak ada kaitan dengan bidang penyiaran kan.
Nama pun impian, kalau boleh kita kejar, kita kejar.
Jaga - jaga Abang Zainal Ariffin, Im next !
Tiada ulasan:
Catat Ulasan