Selasa, 29 Mei 2012

Bridge to Terabithia

Did you ever heard a movie 'Bridge to Terabithia' ?
I always wished to write something about it a few months ago.


And this film brought me to tears.


Sebenarnya aku tengok cerita ni di channel Citra. I just read the sinopsis. Bagi aku it just a story about the imagination of two kids. Dorang ada their own castle, their own kingdom. So aku ingat ni cuma cerita tentang fairytale, and then about friendship yang akan end up with happy ending. Bila aku tengok cerita ni, its remind me with my childhood bestfriend, Dyana Asri. My first best friends. Okay back to the story, aku just imagine everything was about happiness, laughter. I do believe hidup dorang akan penuh dengan cabaran, but I knew they gonna work it out untuk get over their problem together. In my mind cuma benda tu. My mom dont expected too the ending. 


You should watch it.
I mean MUST watch it.


                      Jesse ni seorang budak lelaki miskin yang tinggal di pedalaman dengan keluarganya. Cuma dia je anak lelaki dalam keluarga, jadi banyak kerja dia yang kena buat. Hidup dia tak best mana pun, sebab pergi sekolah, dia tak ada kawan lansung dan selalu kena buli. Di rumah, dia terpaksa bertengkar dengan kakak-kakak dia, kena dengar rungutan mak ayah dia pasal kewangan yang tak menentu. Untill lah one day, a new comer from town. Nama dia Leslie. Sangat comel, energetic, dan imaginasi sangat tinggi. Leslie bagi aku comel, berambut pendek. Waktu hari pertama dia datang, Jesse dan budak lelaki lain ada pertandingan lumba lari. Cuma lelaki je sertai. Jesse selalu yang menang. Tiba-tiba si Leslie ni join, dan dia menang perlumbaan tu. Jesse macam malu lah sikit sebab kalah dengan perempuan. Waktu balik dari sekolah, Jesse naik bas sekali dengan Leslie. Rupa-rupanya Leslie pun tinggal area rumah Jesse. Maknanya dorang ni jiran lah. 


                          Disebabkan satu peristiwa ni dorang jadi bestfriend, and starts from that dorang selalu berkepit. Dorang pun dapat tempat melepak. Dekat situ macam-macam yang di-imaginasikan. Macam-macam yang difikirkan. Setiap kali balik ke sekolah, ke situ lah dorang tuju. Turun je dari bas terus pergi situ. Nak pergi tempat dorang main, kena melintasi satu sungai, dengan pakai tali yang diikat di pokok. Leslie tak pernah takut pun kalau nak lintas sungai tu guna tali. Dia nampak bertenaga dan semangat. Jesse ni memang minat melukis. Dia lukis memang cantik sangat. Bakat melukis dia ni diketahui guru seni dia. Waktu hari lahir Jesse, Leslie belikan Jesse satu set water color. Jesse sangat seronok. Leslie banyak tolong Jesse, untuk tangani seorang yang suka buli Jesse di sekolah dengan adik perempuan Jesse. Sehinggalah suatu hari tu, waktu tu hujan. Jesse dengan Leslie pun tergesa-gesa balik. Waktu balik, Jesse nampak Leslie senyum dekat dia. Dia tak tau kenapa dia rasa lain macam je. Keesokkan pagi tu, cikgu seni Jesse call ajak Jesse ikut dia ke muzium. Jesse pun bagitau ibu yang dia ikut cikgu ke muzium, ibu yang tengah mamai hanya jawab okay. Waktu Jesse lalu depan rumah Leslie, Jesse ada terfikir nak ajak Leslie sekali tapi dia tak tahu kenapa dia tak ajak.


                       Jadi, Jesse dan cikgu seni tu pun have a good time dekat muzium. Dia seronok dapat lepak dengan cikgu. Waktu balik, dia lalu depan rumah Leslie, dia nampak ramai orang dekat rumah Leslie. Dia buat derk je. Dia masuk rumah dan tengok family dia semua macam tengah risau. Rupa-rupanya ibu Jesse tak dengar pun waktu Jesse mintak kebenaran ikut cikgu seni ke muzium. Jadi, dorang ingat Jesse mati! Jesse pun jadi pelik. Ayah Jesse panggil Jesse dan bagitau, Leslie dah takda, dia lemas sebab tali yang dia guna untuk menyebarang sungai tu putus. Jesse terus lari naik atas dan nangis, dia cakap dorang tipu. Dia naik atas dia selak2 buku lukisan dia, dia tengok ada lukisan gambar Leslie. Ayah dia masuk suruh dia sabar. Dan lepastu dia terus tidur. 


                         Esok pagi dia bangun, dia buat buat tak ingat pasal semalam. Dia sarapan macam biasa. Sampai lah ayah dia cakap, dia kena ikut mak ayah dia ke pengebumian Leslie. Dia angguk, lansung tak menangis. Dia ikut je. Dia sampai, ayah Leslie panggil dia, dan berterima kasih sebab temankan Leslie selama ni. Dia bagitau Jesse ni adalah kawan dia yang pertama. Jesse pun macam tu, Leslie ni kawan pertama dia dalam hidup. Dia hanya dengar tanpa sedikit pun air mata keluar. Cikgu seni dia datang dan ucapkan takziah. Dia cuma cakap."Next time, You should invite Leslie to go. I think she will like it". Cikgu dia terkedu. 


                         Seterusnya, keluarga Leslie pun pindah ke tempat lain.
Papan-papan yang ada di luar rumah Leslie, Jesse gunakan untuk jadikan titi untuk menyeberangi sungai. Jesse adalah raja dalam kerajaan dia, dan Leslie adalah permaisuri tapi sekarang permaisuri dah tak ada. Jadi, Jesse jadikan adik dia sebagai permaisuri.



Adapted from a novel


Jesse and Leslie


His art teacher and Jesse in museum


In memorry of Leslie Burke


Klik sini, untuk tengok part Leslie dead. This is sad.


http://www.youtube.com/watch?v=PmtClMH2BF8


Kalau aku hilang salah seorang kawan-kawan aku?
I cant imagine it.

Euro 2012

Kita sudah sedia maklum season EPL yang lalu, telah dimenangi oleh Manchester City.
Rasanya belum terlambat nak cakap tahniah ?
Walaupun lama jugak luka di hati ni nak pulih.
Its okay United, next season ada lagi!

So, selesai je EPL, its time for Euro 2012!



And this time, as usual macam sebelum ni jugak.
I go for German!
The last time I watched their game was on 2010, I was sixteen.
Bangun tengah malam, turun dekat dewan selera with some friends, dengan ada abang dewan selera lagi bagi air free.
And ended up, woke up late, kena denda, kena marah.
Asam garam sekolah berasrama.

Walaupun waktu tu German tak perform sangat, Im still on their side.
Bab bola kena setia.
Jangan jadi macam Murad, United kalah, terus next episode tukar pakai jersey City.
Ish Murad nasib kau comel.

Cakap pasal Murad atau nama sebenar Raykarl Iskandar, kalau nak dibandingkan mutu lakonan, aku pilih Raykarl berbanding Mia Sara. Mia Sara ada part yang dia kekok.
Kalau ikut fizikal, I choosed Mia Sara instead of Raykarl, Mia Sara lagi comel. Tapi Raykarl pun comel jugak.




Sebenarnya aku ada terbaca several people ada cakap, perempuan yang tengok bola sebab nak tengok pemain bola yang handsome handsome.
Haha terserah lah, mulut orang nak cakap, cakap je lah.
Aku pun tak tahu sebab apa aku minat bola.
Yang aku tahu waktu aku tengok, mesti jerit jerit tak puas hati itu ini.
Sampai tak sempat nak telek siapa handsome siapa tak handsome.

Kalau player United, aku betul betul suka dengan Ashley Young, sebab aku rasa dia ada skill dia sendiri, strategi dia sendiri. Waktu City vs United haritu, aku macam kecewa jugak bila Fergie bawak masuk dia untuk half-game. Ashley Young handsome ke ?


Tepuk dada tanya selera

Isnin, 28 Mei 2012

"Jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri"

Boleh tak perempuan jadi pengacara untuk Misteri Nusantara?

Impian aku sejak kecik nak jadi seorang wartawan. 
Waktu kecik-kecik dulu memang lah angan-angan dah pasang dah.
Nak jadi wartawan, nak hidup dalam dunia glamor.
Boleh propa sana sini, boleh melodi sana sini, boleh galaksi sana sini.
Konon nak jadi macam Naz Ahmad lah kan.

Tahun 2003, Misteri Nusantara mula bersiaran selama setengah jam di TV3.
Aku baru darjah 3 waktu tu, jadi Misteri Nusantara ni aku klasifikasikan cerita orang tua. Budak-budak macam aku makan gula-gula kipas udang depan televisyen, tengok Patrick dengan Spongebob tangkap obor-obor.

Tahun 2008, Misteri Nusantara kembali lagi selepas berjaya mencatat rating sebanyak 3.11 juta penonton. Kali ni, kalau boleh sekali pun aku taknak terlepas tengok. Tapi malangnya aku bersekolah asrama di Pulau Pinang, so aku jarang dapat tengok.

Tahun 2012, Misteri Nusantara kembali lagi dengan lebih banyak cerita mistik. Kali ni aku rasa menarik sangat, sebab pedalaman Filipina habis diterokai. Dalam waktu yang sama, dia banyak cerita macam mana cara bomoh Filipina dalam mengubati penyakit misteri, macam kena sampuk, kena rasuk. Bukan setakat di Filipina, banyak lagi tempat team Misteri Nusantara ni dapat pergi. Musim kali ni pulak aku rasa memang best sebab lagi adventurous, lagi challenging. Rugi tak tengok beb.

Dari tahun 2003-2012, dalam banyak-banyak episod Misteri Nusantara, aku paling suka waktu dia paparkan kisah misteri di sebalik pembinaan Penjara Pudu.

Disebabkan Misteri Nusantara, aku nak jadi wartawan dalam bidang paranormal ni. Plus I got friends, Paer yang memang sebulu lah orang cakap. Dia pun excited pasal benda ni.

Mana tahu satu hari nanti aku ganti tempat abang Zainal Ariffin kan? 
Tak ada benda mustahil.

"Jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri"

Yang keduanya, pendorong aku nak jadi wartawan dalam skop paranormal ni sebab filem seram. Aku minat filem ber-genre seram.

Tapi sayang kan ku gapai bintang dari langit untukmu....

Eh maksud aku tapi sayang aku dah nak ke Politeknik Ungku Omar, Ipoh. 
Rezeki ada di mana-mana.
Walaupun apa yang aku belajar sekarang tak ada kaitan dengan bidang penyiaran kan.
Nama pun impian, kalau boleh kita kejar, kita kejar.


Jaga - jaga Abang Zainal Ariffin, Im next !

Jumaat, 25 Mei 2012

Remeh

Bukan mudah nak puaskan hati orang.
Bukan mudah nak senangkan hati orang.
Bukan mudah.


Aku belajar supaya jangan terlalu kisah dengan hal remeh.


Khamis, 24 Mei 2012

Stupid

Ini entri sedih, post sedih.

Bila hati mula kata hidup ni tak adil.

Hati memberontak.
Bila orang tanya suara kata "Aku biasa je"

Mata pulak hanya dapat tengok dia nangis,
Bahu boleh dipinjam buat lap air mata,
Telinga dibuat halwa telinga untuk dia meluahkan rasa.

Yeah I know Im stupid.

Sorry cause' I cant do anything.


If you could picture this photo, I was standing alone. And that's what she feel now. Alone.

Jumaat, 18 Mei 2012

VERSUS

Thanks God its Friday eh eh itu nama restaurant.


I used to be a big fan of independent band music before.
And last Friday I went to Space U8, which just take within 10mins from Taman Bukit Subang.



I just came back from Wangsa Walk around 945pm, then straight away ke Space U8. Sampai sana, I came from the back stage, and got to see 6ixth Sense was having a photoshoot and interview session. Lol that was so close to me, boleh lambai lambai and threw flying kiss too woot woot okay abaikan this pervert hahaha.

Saw Hunny Madu and Aidid Marcello hosted the event.

I imagined Hunny Madu was so tall from what I've seen on television. Lol she's not that tall and yeah she is so pretty.

Hunny Madu is so cool the way she are. Slang mat salleh pun berbelit lidah dia aku tengok, cakap Melayu pun bukan main lagi tak kurang hebatnya.







My favourite band of the night goes to *jeng jeng jeng. Hujan! I love what they wore, kain pelikat then goreng gitar habis. And I thought Noh ni unfriendly, then macam bajet cool, tak ada sense of humor semua. I was wrong. Waktu TV sedang commercial break, Noh atas stage buat lawak ala klasik Melayu nak nikah dengan Adira lah apa lah since he was wearing a baju melayu, songkok and kain  pelikat. 



p/s : I hope next Friday me and Meia would be in Space U8, Bukit Jelutung for VERSUS!

Khamis, 17 Mei 2012

Jatuh

Aku percaya sedikit waktu kan terbuka hati yang kau bawa.
Sambut tangan ku biar ku bawa kau ke tempat yang tiada orang tahu.
Ku kan menunggu bayangmu berikan jawapan mu.
Ku pergi sendiri dan takkan kembali maafkan segala perbuatan ku kepada mu.
Ku pergi sendiri dan takkan kembali teman aku buat kali terakhir aku akan jatuh.

Dunia hitam keliling malam kesejukan menunggu panggilan.

Ku kan menunggu bayangmu berikan jawapanmu.

Ku pergi sendiri dan takkan kembali,
Maafkan segala perbuatan ku kepadamu.
Ku pergi sendiri dan takkan kembali teman aku buat kali terakhir aku jatuh.

Selagi kau berjaya jangan kau lupa segala yang telah kita lalu bersama.
Jeritan ke angkasa selamatkan dia, selamatkan kita semua.

Ku pergi sendiri dan takkan kembali maafkan segala perbuatan ku kepadamu.
Ku pergi sendiri dan takkan kembali teman aku buat kali terakhir aku telah jatuh.




Selamat Hari Guru

Selasa, 15 Mei 2012

Angkara Yakjuj Makjuj

Aku pernah dipinjamkan sebuah buku berjudul "Yakjuj Makjuj" karya siapa aku tidak pasti oleh seorang kawan sewaktu aku di Tingkatan 3 dulu.


Waktu aku dapat buku tu, aku ada belek - belek dulu.
Aku selak - selak dulu.


Jatuh sekeping foto.
Sekeping foto seorang lelaki dan wanita separuh abad.
Sekeping foto milik sepasang suami isteri.
Si suami tersenyum dikuti si isteri juga.
Aku masih ingat lagi foto itu sampai ke hari ini.
Aku masih ingat lagi bagaimana si suami tersenyum.
Begitu juga manisnya senyuman si isteri.


Sekeping foto yang kawanku jadikan penanda buku untuk buku kegemarannya.


Tak banyak yang dapat aku ceritakan.
Rasanya kalau nak bercerita soal pengorbanan sampai ke esok pagi belum tentu tamat.


                                                          xxxxxxxxxxxxxx


Si suami pergi mengadap Ilahi.
Al-Fatihah.


Si isteri sekarang adalah seorang mama.
Si isteri sekarang adalah seorang ayah.
Dua tanggungjawab berbeza dengan orang yang sama.


Si isteri masih kuat di situ bersama anak - anak walaupun tulang rusuk kirinya kini telah pergi.


Kawan ku kini berjaya hasil didikkan seorang wanita bergelar mama, ayah dan isteri.



Selamat Hari Ibu

Khamis, 10 Mei 2012

Sesat

Aku taknak lagi toleh,
Aku taknak lagi pusing,

Aku ikut jalan ini.



Hmmm aku mohan jangan sampai sesat.
Amin.



Move forward

Hormat

Hilang hormat,
Hilang respect,


Bila kau ajar orang pakai kaki tangan.