Isnin, 24 Disember 2012

Sekiranya?

Kira nya aku ini kau anggap Matematik, 
Yang mana kau guna kalkulator, main dengan semua nombor.

Kira nya aku ini kau fikir Geografi,
Yang boleh kau tahu arah timur, selatan, utara, barat.

Kira nya aku ini cuma Bahasa Melayu,
Yang kau boleh gubah ayat, gubah puisi untuk bikin aku cair.

Kira nya aku ini kau kata Kimia,
Yang kau boleh samakan dengan yang lain untuk dapatkan persamaan.

Kira nya aku ini kau rasakan seperti Biologi,
Yang boleh kau buat eksperimen ikut suka hati bapak kau.

Kira nya aku ini Fizik,
Yang boleh kau cipta, kau rungkai ikut kau punya kira - kira.

Malang sekali aku lebih dari itu.
Aku lebih sukar dari subjek sekolah.