Sabtu, 31 Mac 2012

Dah diharamkan eh?

Assalamualaikum.

Apa yang nak dikongsikan bukan mengenai lagu, dunia hiburan semata - mata.
Bukan pasal Zizan.
Bukan pasal Kaka.
Malique ?
Pun jugak bukan.
Cuma satu isu panas yang ada melibatkan nama - nama tersebut.

Siaran radio Hot FM tu memang dah set dalam kereta.
Naik kereta je, memang suara - suara penyampai radio Hot FM je berceloteh.
Jarang bagi chance juru hebah station lain.

Okay ceritanya begini, asal naik kereta memang tak sah tak ada lagu "Bawaku Pergi" nyanyian Kaka featuring Zizan dimainkan.
Pernah dengar tak?
Tak pernah?
Haha dah terlambat sebab penyiaran lagu ni dah dihentikan!

Atas sebab apa?
Katanya sebab bait - bait lirik lagu tu yang boleh bagi influence untuk remaja lari dari rumah dengan boypren.
Fuuuuuh dah berpunah aku dengar tak terasa lah pulak nak lari rumah.

Lirik :

bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali
tengah malam nanti
tolong jangan lupa
jangan mungkir janji
aku dah teruja
sudah cukup lama
aku tunggu saat ini
sejak kali terakhir kau hantar pulang
hidup sungguh sepi
tolong jangan bilang mama
tolong jangan bilang papa
malah jangan bilang teman karibmu
jangan bilang sesiapa
oh, buku merah jangan lupa bawa
moga-moga belum tamat tempoh
kali ini kita pergi lebih lama
pergi lebih jauh, ayuh
bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali
mata dalam kaca, topi berceloreng
sarung tangan hitam, atas muka ada topeng
hanya perlu siul, tidak tekan loceng
hero sudah sampai, cepat terjun dari loteng
kita terus ke sempadan aku pacu, engkau bonceng
bawa bekal air muka cuci aib bopeng
lari dari kewajipan, tanggungjawab ponteng
lari dari kenyataan, mula kisah dongeng
tinggalkan dataran, puncak dunia kita duga
tinggal kemewahan cuba cara hidup purba
lari-lari baling bola salji depan gua
sambil cari yeti kita boleh cari (what?)
tinggalkan dataran, puncak dunia kita duga
tinggal kemewahan cuba cara hidup purba
lari-lari baling bola salji depan gua
tidak jumpa yeti moga-moga jumpa syurga
bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali
bila kita pergi
apa kan berlaku
siapa kan peduli
siapa ambil tahu
hidup kita tempuh
untuk apa saja
tidak kira mana kembara membawa
kita kan bersama
oh, buku merah jangan lupa bawa
moga-moga belum tamat tempoh
kali ini kita pergi lebih lama
pergi lebih jauh, ayuh
bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali
Senang cerita kalau ada orang memang nak lari daripada rumah, dia lari juga. Tidak perlu lagu pun dia akan lari, kan?



Waktu hari sukan di Stadium Kepala Batas

Rabu, 21 Mac 2012

Thankyou senior

I kinda dissapointed, frustrated with my SPM's result. To those who did texted, called me, tweet me, posted on my wall. Im so sorry I cant. I need time to recover. Well I keep telling everyone SPM is just something not everything, but its really hit me now. I felt stupid seriously. I got 3 A's. Is it not about 3A's but its about how does it feel. I got 3A's and I am a mrsm's student? Okay please Fatin jangan maki di sini.


Then came my seniors from my school.


Pengat, he's a really brilliant.
He got straight A's for his SPM'10.
He tweeted me


"SPM is like you go throw the slip inside dustbin, now move forward, aku fail je selalu kat kolej ni"


Okay then another senior, I love this one.
Nazratul Zahara.
She told me,


"hey ! As a senior yang senasib, please don't get demotivated ! :) SPM ni alaaa takde apa sangat pun. Seriously"


"It's okay. You've done your best. Tak semestinya dapat 3 A tak boleh berjaya kan. My friend 3 A dekat U Dean's List je ;)"



And I think of taking Komunikasi dan Media. Is it okay or not ?


p/s : This is not the end yet. You can do something better in the future. Trust me. I need to trust myself.




I hate this photo actually because I look akward

Jumaat, 16 Mac 2012

Bad day, bad hairdo

Its Tuesday bersamaan 13 Mac 2012.


Katanya nak keluar melepas rindu dengan Ieka, but too bad Ieka ada hal yang tak dapat dielakkan.
So ?
So terpaksalah aku seorang diri meneman lelaki lelaki macho ini.

Semuanya demi Bunohan yang aku dah letakkan high expectations on this local film.
Setakat ini filem Malaysia yang berada dalam list fav lah kan, Cun dan Songlap.


Aku datang dengan Amad, naik KTM.
Amad naik dari Klang, aku dari Batu Tiga.
Maknanya kitorang sama - sama dari satu lane.
So sampai terus ke NZ Curry House, Pavillion.
Jumpa Izda' dan kawan - kawan dekat sana.
Ada Haikal, Ijat, Nazumi dan Chok.
Dorang baik.
Cuma aku je yang tak berapa reti nak be friendly.
Ish geram betul.


Bunohan di Times Square jam 0540 petang.
Dalam pukul 0530 petang dah ready dengan pop corn.
Sampai depan kaunter, Izda' buat hal.
Ticket hilang.
Nasib abang situ okay kasi kitorang masuk jugak.
Hampir - hampir Izda' nak beli ticket lain.
Selamat kau Izda' eh.


Masuk pulak tak tahu hall mana.
Tanya sorang abang India ni.
Dia pun tunjukkan kitorang hall tu.
Kitorang masuk, muka semangat je yakin.
Duduk dan terus tunggu Bunohan start.
Izda' macam ragu - ragu.
Dia mintak aku tanyakan akak sebelah tu cerita apa.
Yang akak tu pekak ke apa aku tak pasti.
Yang aku tahu dia main angguk je kepala.
Dan itu telah menambahkan level kepastian ini adalah hall tayangan Bunohan.
Malangnya datang beberapa orang menuntut tempat duduknya.
Memalukan betul.
Rasa macam berbogel.


Rupa - rupanya kitorang salah masuk hall.
Memang cantik.
Masuk hall lain, Chok pulak dah.
Hilang phone.
Malangnya phone dia sampai ke sudah tak jumpa.
Nak buat cemana Chok, maybe mintak ditukarkan phone baru kot kan ?


Bunohan apa cerita ?
Menarik sebenarnya.

Mungkin sebilangan akan cakap membosankan kan,
tapi secara umumnya menarik.
Cerita ini menunjukkan realiti kehidupan sekarang.
Sebuah ikatan kekeluargaan.
Ish sedih pun ada.


Apa - apa pun cerita yang menarik dan aku suka.


p/s : Terima kasih. Berikut merupakan muka Izda' yang aku rasa nak penerajang. Sesiapa yang berminat untuk turut serta penerajang sila pm saya. Okay Izda' aku gurau tak payah touching lelebih.




Sabtu, 3 Mac 2012

Perasaan malu itu

Malu aku.
Macam mana nak describe malu tu pun aku tak tau.
Tapi, perasaan malu tu memang kurang ajar.


Malu bila aku dengan Ame pergi ke Bukit Bintang dengan Monorel.
Ini terjadi bila kita takut nak ambil lesen, takut jadi pemandu, penumpang malahan pembonceng.
Lebih mempercayai kemudahan awam.
Entah, tiada jawapan.


Ruang kerusi yang disediakan 3 seats untuk satu lane.
Jadi aku dan Ame memilih untuk duduk bersama seorang kanak - kanak.
Aku anggarkan dia berumur lebih kurang 11 tahun.
Comel, asyik tersenyum je.
Seorang lelaki yang berumur lebih kurang 40-an berdiri betul - betul dihadapan kawan aku.


Tiba - tiba,
kanak - kanak itu bangun dan offer uncle itu tempat duduknya.
Bukan macam meng-offer ayam yang pasti.
Sungguh - sungguh betul dia.
Aku dan Ame terkedu.
Aku pandang Ame.
Ame pandang aku.

Sebab malu.

Kanak - kanak yang belum cukup matang pun boleh berfikir kan ?



Jangan tanya kenapa memek muka aku macam tu